Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana akhirnya weblog sipenglipurlara telah dinaikkan. Diatas sokongan ibubapa serta kenalan akhirnya tercapai jua. Terima Kasih tidak terhingga kepada saudara mdpai kerana sudi membantu saya untuk merealisasikan impian menjadi nyata. Hahaha. Tidak jemu membantu saya walaupun jauh dari Malaysia dan merupakan sahabat ebiz walaupun x pernah berjumpa. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada member aku nicknuck kerana sudi mengajar tentang webhosting pada satu ketika dahulu. Terima Kasih juga kepada Shuth, penjual hosting serta penulis buku yang mesra alam. Hehehe..
WEB + BLOG = WEBLOG??
Weblog bagaikan 2+1. Dimana web dan blog digabungkan fungsinya menjadi satu. Kini, kita dapat lihat ramai menggunakan konsep ini untuk menaikkan hits mereka. Teringat ketika sekitar tahun 1998, saya merupakan diantara penulis atau pelopor blog yang terawal. Ramai beranggapan blog umpama “Membuang Masa”. Ada juga menganggap ia bagaikan sebuah “Diari Maya”. Kini blog telah menjadi pelbagai fungsi dikalangan masyarakat. Sekurang-kurangnya kita harus membangga dengan pencapaian rakyat Malaysia yang mengerti tentang blog.
Malahan jutawan internet seperti Dr IrfanKhairi, telah membuka paradigma segelintir rakyat kita yang masih menganggap internet satu yang negatif. Tidak dinafikan penggunaan internet ada pro dan kontranya. Kita sebagai pengguna harus fikir sebijak-bijaknya. Sampai bila hendak dibelenggu penipuan. Fikir-fikirkanlah.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Merdeka”. Perasmian blog saya ini juga. Hehehe.
Oklah, Salam..
Hai semua! Nama saya Safuan. Di internet saya lebih dikenali sebagai Safuan Sipenglipurlara. Kenapa Sipenglipurlara? Sebab idea nie datang tetiba jer sebab masa tue saya sengaja buat ayat luahan dan ianya mendapat perhatian luar biasa! Lalu tercetusnya idea nama Sipenglipurlara digabungkan dengan nama saya. Terus terang saya katakan saya tidak sesempurna seperti insan lain kerana mempunyai kecacatan pada kaki tetapi alhamdulillah saya boleh jalan dan saya telah buktikan saya mampu memandu kereta secara manual atau automatik. (
dan pelbagai Tips Perniagaan Internet




