Weblog terbaru!!!
Written by admin on August 30, 2006 – 3:26 pm -Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana akhirnya weblog sipenglipurlara telah dinaikkan. Diatas sokongan ibubapa serta kenalan akhirnya tercapai jua. Terima Kasih tidak terhingga kepada saudara mdpai kerana sudi membantu saya untuk merealisasikan impian menjadi nyata. Hahaha. Tidak jemu membantu saya walaupun jauh dari Malaysia dan merupakan sahabat ebiz walaupun x pernah berjumpa. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada member aku nicknuck kerana sudi mengajar tentang webhosting pada satu ketika dahulu. Terima Kasih juga kepada Shuth, penjual hosting serta penulis buku yang mesra alam. Hehehe..
WEB + BLOG = WEBLOG??
Weblog bagaikan 2+1. Dimana web dan blog digabungkan fungsinya menjadi satu. Kini, kita dapat lihat ramai menggunakan konsep ini untuk menaikkan hits mereka. Teringat ketika sekitar tahun 1998, saya merupakan diantara penulis atau pelopor blog yang terawal. Ramai beranggapan blog umpama “Membuang Masa”. Ada juga menganggap ia bagaikan sebuah “Diari Maya”. Kini blog telah menjadi pelbagai fungsi dikalangan masyarakat. Sekurang-kurangnya kita harus membangga dengan pencapaian rakyat Malaysia yang mengerti tentang blog.
Malahan jutawan internet seperti Dr IrfanKhairi, telah membuka paradigma segelintir rakyat kita yang masih menganggap internet satu yang negatif. Tidak dinafikan penggunaan internet ada pro dan kontranya. Kita sebagai pengguna harus fikir sebijak-bijaknya. Sampai bila hendak dibelenggu penipuan. Fikir-fikirkanlah.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Merdeka”. Perasmian blog saya ini juga. Hehehe.
Oklah, Salam..
Posted in
Tips Perniagaan Internet
|

































August 31st, 2006 at 3:49 am
Wah tahniah dah ada blog sendiri.
August 31st, 2006 at 4:00 am
Thanx Cikgu.. Akhirnya tercapai gak.. Hehehe.. Itupun atas kerjasama dan pertolongan mdpai..
August 31st, 2006 at 4:27 am
Hebat dan bagus. Mengasah bakat untuk menulis. Semoga maju jaya. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
* Bila nak buat kad nama?
August 31st, 2006 at 4:41 am
Jangan risau, kalo dah ready nnt, saya contact abg Hayat.. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
August 31st, 2006 at 7:20 am
hehe pertolongan kecil je tu, sama2 duduk bawah satu bumbung, kenalah tolong..tak gitu..
August 31st, 2006 at 7:40 am
Hehehe.. Apa2 pun thanx mdpai..
August 31st, 2006 at 2:49 pm
Tahniah dengan blog baru anda..bertambah lagi tempat belajar
September 1st, 2006 at 12:58 am
Thanx linn_comel, kita berkongsi ilmu sesama kita. Hehehe. Barulah negara maju. Betul x??
September 1st, 2006 at 10:39 am
helloo
hmm..anta pun dpt webhosting dr mdpai.com yek?erk,sy pun ada dpt tp belum create webpage nyer..tak der idea la nak letak ape kat laman web saya nanti..leh bg sedikit idea tak?sikit je..hehe.tq
September 1st, 2006 at 11:35 am
Hello Khalid..
Saya bkn dpt hosting dr mdpai.. Saya beli sendiri kat shuth.. X tau nk letak aper kat hosting?? Letaklah benda yg Khalid minat tp yg berilmiahlah. Agar kita boleh berkongsi ilmu sesama kita.
September 6th, 2006 at 10:42 am
Salam,
Mr. SafOne,nak tanya lg lah..sy nak letak weblog kat website la..cam mana yek?ape yg perlu sy tahu?
boleh sy tahu email Mr SafOne tak? Byk benda yg sy nak tahu ler cam mana nak buat tu..tq
September 6th, 2006 at 11:25 am
Encik Khalid boleh download weblog yang disediakan wordpress secara per cuma di http://www.wordpress.org , disitu cara setup akan diajar.
September 7th, 2006 at 12:00 am
Untuk hubungi saya boleh dilihat diruangan contact..