Archive for September, 2006

Maaf semua.. Internet down..

September 22nd, 2006

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

 Minta maaf sebab sekarang ini, streamyx ada masalah.. Saya akan teruskan penulisan nanti.. Ini pun kat CC.. :-)

Pembayaran dan penerimaan secara online

September 13th, 2006

Hari ini kita akan membincangkan membayar dan menerima secara online. Tahukah anda, betapa sebenarnya ramai lagi tidak menggunakan kemudahan secara online. Hasrat mereka terbatas untuk menggunakan kemudahan online kerana terlalu bersikap negatif. Hakikatnya dimana kita berada pasti pelbagai risiko boleh berlaku. Dengan menggunakan perkhidmatan online sebenarnya telah banyak menjimatkan masa kita. Kini perbankan di Malaysia telah banyak mengatur langkah untuk mempermudahkan pengurusan pelanggannya.

Pada hari ini, internet bukan sahaja adalah platform untuk bayar dan terima hanya didalam negara. Bahkan penggunaan kad kredit juga boleh dilakukan secara online. Pelbagai lagi kemudahan internet masa kini.

Buruk atau baik menggunakannya, tepuk dada tanya hati.

Oklah.. Salam..

Bagaimana membina kepercayaan??

September 6th, 2006

Soalan ini sering bermain diruang kotak fikiran yang ingin, baru atau mulanya perniagaan internet. Tidak dinafikan kepercayaan sukar dimulakan kerana ingin mendapat satu kredit(Pujian dari pembeli) bukan satu perkara mudah. Tetapi setelah kepercayaan diberi, kita tak terlalu gentar(Fuh.. Ayat aku.. Hehehe..) Bagaimana membina kepercayaan?? PERANCANGAN amat penting, kita kena merancang terlebih dahulu tentang apa yang ingin dilakukan. Dari segi laman web, promosi, penerimaan pembayaran dan penghantaran. Mari kita lihat Domino’s Pizza, mereka menetapkan 30 minit penghantaran. Mengapa?? Mereka percaya tentang perancangan mereka.

Oklah.. Salam..

Apa itu Pemasaran Internet??

September 1st, 2006

Pemasaran Internet jika diterjemahkan dalam bahasa ingeris ialah Internet Marketing. Pemasaran Internet telah berleluasa sekitar luar negara terutama U.S. Satu perkara penting yang wajib kita ketahui untuk menjalankan proses jual beli secara internet adalah “KEPERCAYAAN” . Kepercayaan harus dijadikan pegangan prinsip untuk menjalankan sesuatu urusniaga. Sebenarnya jika kita renung, Kepercayaan juga harus digunakan pada setiap bidang. Betul x??

Mengapa negara luar boleh melakukan perniagaan internet dengan maju, kita masih lagi dibelenggu trauma penipuan??
Kini, kita boleh berbangga kerana terdapat ramai usahawan internet yang telah berjaya. Saya tumpang bangga dengan mereka. Mereka bukan sahaja berjaya malahan berkongsi ilmu kejayaan. Mereka menjalankan perniagaan dengan jujur. Itu kunci kejayaan mereka.

Oklah.. Salam..

Related Posts with Thumbnails