Assalammuaalaikum dan Hi..
Pada 13/10/2006 (Jumaat) lepas, saya telah terpilih memasuki acara akhir dalam pertandingan anjuran Hot FM dan Proton.. Ia dinamakan “Finding NEO”.. Seramai 30 peserta yang terpilih.. Didalam acara akhir tersebut, setiap peserta harus menggali tanah yang mempunyai bendera sebagai petanda.. Sesiapa yang menggali dan menjumpai model kereta satria neo(Model Kereta Mainan yerk), maka ia adalah pemenang..
Satu hakikat yang saya nampak ketika itu adalah, semua begitu FOKUS kerana ingin mencapai kejayaan walaupun tidak pasti tempat yang mereka gali membawa kejayaan atau sebaliknya.. Akhirnya saya tertewas kerana sehingga waktu berbuka hampir tiba, tiada siapa yang menjumpainya.. Keputusan dibuat berdasarkan kepada peserta yang hampir dilubang yang tertanam model tue.. Rupa-rupanya model itu telah mendap..
Kerana berjaya kepusingan Akhir, Kesemua 30 peserta mendapat ganjaran sebanyak RM200..
Melayu Boleh Berjaya!!!
Melayu Boleh lakukan!!!