Archive for January, 2008

Lumrah Kehidupan Manusia

January 23rd, 2008

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ini tergerak hati saya untuk berkongsi tentang lumrah kehidupan.. Kehidupan seorang manusia pasti mempunyai hala tuju dan cita-cita yang ingin digapai bersama.. Kadangkala untuk mengecapi sesuatu yang indah tidak semestinya mudah.. Pasti mempunyai halangan dan pancaroba.. Seandainya anda mendapat kejayaan dengan mudah tanpa halangan, anda seharusnya bersyukur atas kejayaan anda tersebut..

Ketika kita berada dibawah untuk mendaki gunung kejayaan, pastinya akan timbul beberapa persoalan negatif orang sekeliling kita.. Tetapi hanya segelintir yang akan bersikap begitu.. “Mampukah dia mendaki gunung kejayaan??” itu antara kata-kata yang boleh melemahkan semangat kita selaku pendaki demi mencapai impian membara ke puncak kejayaan.. Bagi saya selagi kita dilandasan yang betul, tidak ada maknanya kita harus melemahkan semangat dan membantutkan impian kita.. Kerana orang boleh berkata apa saja tetapi kita yang harus mengatur perjalanan hidup kita sebagai seorang insan..

Post kali ini tidak semestinya praktik untuk perniagaan sahaja.. Ia sebenarnya sesuai untuk umum.. Kerana pelajar juga mengalami situasi yang sama demi mencapai cita-cita..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zul Smartusaha diatas pemberian hadiah ebook Panduan Mudah FTP selaku antara pemenang kuiz yang dianjurkan di Smartusaha.com

Tidak lupa juga tahniah diucapkan buat Adly a.k.a Labanon diatas penstukturan semula Flarebiz dan perasmian galeri kaftan secara online.. Tahniah juga buat Zhafran a.k.a Kaizen kerana telah menjadi sebahagian ahli keluarga Flarebiz..

Oklah.. Salam..

* Post akan datang nanti akan berkisarkan apabila kita dipuncak..

effexor

* Pssssttt.. Blog ini berwajah baru.. Alhamdulillah setelah pindah ke ruangan server yang lebih selesa, kini ia berwajah baru pula..

“Be Yourself, Respect Each Other”

Konsep blog ini pada 2008

January 7th, 2008

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur kehadrat Allah s.w.t,  kerana diatas berkatnya blog ini terus belayar.. Pada tahun ini (2008)

, saya ingin mengubah banyak sedikit konsep blog ini..  Antaranya adalah blog ini bukan hanya berkisar tentang perniagaan sahaja kerana saya pun masih baru dalam bidang perniagaan bahkan ianya hanyalah secara kecil-kecilan :-) .. Blog ini lebih bersifat terbuka membincangkan pelbagai isu tetapi bukan melibatkan sensitiviti lah yer.. Hehehe.. Blog ini juga akan memberi satu tagline yang selalu saya gunakan pada diri saya iaitu “BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER“.. Diharap blog ini dapat memberi manfaat segala ilmu dan pengalaman yang ada pada kita semua.. Terima Kasih..

“Be YourSelf Respect, Each Other” 

Ebook Percuma Di DiariAdsense

January 2nd, 2008

diari adsense

Post kali ini hanya ingin berkongsi ebook terbaru sahabat saya, Naem di DiariAdsense.com.. Ekskulif dan Istimewanya ebook ini adalah kerana ianya PERCUMA!!! Anda mesti suka tetapi ia hanya diberi kepada 50 orang yang terawal SAHAJA!!! Ebook ini tersangat penting terutama sekali bagi penulis blog.. Bagi pendapat saya, penulis blog yang baru ingin menceburkan diri digalakkan bagi membantu peningkatan Google PR(Page Rangking) anda.. Antara isi kandungan didalam ebook ini adalah berikut..

Tajuk : Ebook Percuma Dari DiariAdsense

Isi Kandungan :

Kepentingan tag & ping :

  • membantu dalam indeks enjin carian yang lebih cepat
  • meningkatkan backlink
  • memperbaiki ranking SERP dalam enjin carian
  • meningkatkan traffik

Kupasan ebook :

a) terbahagi kepada 5 bahagian utama

  1. BAHAGIAN PERTAMA: Mengenali Tag,Ping, Social Bookmarking Site Dan Proses
  2. BAHAGIAN KEDUA : Optimasi Tag Di Technorati & Icerocket
  3. BAHAGIAN KETIGA : Plugin,Software Dan Laman Web Social Bookmarking Site
  4. BAHAGIAN KEEMPAT: Bagaimana Memastikan Tag Dikesan
  5. BAHAGIAN KELIMA : Ilmu Hitam Dalam Social Bookmarking

b) kandungan setebal 30 mukasurat sahaja
c) diedarkan hanya kepada 50 orang terawal sahaja ( termasuk hakmilik untuk mengedar )
Mari kunjungi

DiariAdsense dari Sipenglipurlara.com

untuk mengetahui cara-cara mendapatkan ebook secara percuma & eksklusif

Related Posts with Thumbnails