Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,
Hari ini tergerak hati saya untuk berkongsi tentang lumrah kehidupan.. Kehidupan seorang manusia pasti mempunyai hala tuju dan cita-cita yang ingin digapai bersama.. Kadangkala untuk mengecapi sesuatu yang indah tidak semestinya mudah.. Pasti mempunyai halangan dan pancaroba.. Seandainya anda mendapat kejayaan dengan mudah tanpa halangan, anda seharusnya bersyukur atas kejayaan anda tersebut..
Ketika kita berada dibawah untuk mendaki gunung kejayaan, pastinya akan timbul beberapa persoalan negatif orang sekeliling kita.. Tetapi hanya segelintir yang akan bersikap begitu.. “Mampukah dia mendaki gunung kejayaan??” itu antara kata-kata yang boleh melemahkan semangat kita selaku pendaki demi mencapai impian membara ke puncak kejayaan.. Bagi saya selagi kita dilandasan yang betul, tidak ada maknanya kita harus melemahkan semangat dan membantutkan impian kita.. Kerana orang boleh berkata apa saja tetapi kita yang harus mengatur perjalanan hidup kita sebagai seorang insan..
Post kali ini tidak semestinya praktik untuk perniagaan sahaja.. Ia sebenarnya sesuai untuk umum.. Kerana pelajar juga mengalami situasi yang sama demi mencapai cita-cita..
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zul Smartusaha diatas pemberian hadiah ebook Panduan Mudah FTP selaku antara pemenang kuiz yang dianjurkan di Smartusaha.com
Tidak lupa juga tahniah diucapkan buat Adly a.k.a Labanon diatas penstukturan semula Flarebiz dan perasmian galeri kaftan secara online.. Tahniah juga buat Zhafran a.k.a Kaizen kerana telah menjadi sebahagian ahli keluarga Flarebiz..
Oklah.. Salam..
* Post akan datang nanti akan berkisarkan apabila kita dipuncak..
* Pssssttt.. Blog ini berwajah baru.. Alhamdulillah setelah pindah ke ruangan server yang lebih selesa, kini ia berwajah baru pula..
“Be Yourself, Respect Each Other”


























“Kadangkala untuk mengecapi sesuatu yang indah tidak semestinya mudah..”
Betul tu bro
Bukan senang nak senang hehe bukan susah nak susah 
Yer Labanon.. Itulah kehidupan..
Hehe…kehidupan ini bukannya sama setiap orang. Ada yang kerja relax-relax masuk 2k setiap hari ada pula yang tido cuma 1 jam sehari tapi masuk tak sampai RM 50. Itulah lumrah hidup. Janji kita usaha kuat dan tak putus asa + teknik yang berkesan mesti berjaya kat kira masuk berapa ringgit setiap hari. Walaupun kita tak mampu tunggu kejayaan, kita kena teruskan tanpanya untuk berjaya :).
Apa pendapat abg Safuan?
Betul tue Ecaros.. Saya setuju pandangan anda.. Yang penting kita teruskan buat sesuatu dengan usaha, doa dan tawakal..