Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,
Apa khabar semua?? Anda sihat?? Harap semua pembaca sihat sejahtera.. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi mendaftarkan diri pada laman web syarikat saya..
Baiklah kita tumpukan sebentar pada topik minggu ini.. “Langkahan Malam Pertama” adalah tajuk kita pada hari ini.. Cuba kita rehatkan minda kita sebentar dan tumpukan pada topik ini.. Setiap orang mempunyai cita-cita dan matlamat yang pelbagai.. Cita-cita dan matlamat ini sebenarnya telah diterapkan pada diri kita sejak kecil lagi.. Cuba kita tanya adik-adik atau anak-anak yang sudah petah berbicara dan mampu berfikir secara rasional, “Apakah cita-cita mereka??” Sudah pasti ada yang menjawab “saya ingin jadi doktor, peguam, usahawan angkasawan!!! Bagaimana kita memupuk mereka untuk kearah itu?? Ya!!!, pastinya kita suruh mereka belajar rajin-rajin agar dapat mengapai apa yang dicitanya.. Tetapi bagaimana pula untuk mengapai cita-citanya?? Jawapannya mesti melakukan langkahan pertama..
Kenapa perlunya langkahan pertama?? Langkahan pertama adalah permulaan bagi langkahan kita seterusnya.. Sebagai contohnya, katakanlah kita bercita-cita ingin menjadi seorang “programmer”, Tetapi kita terus menangguhkan untuk mencari ilmu tentang dunia “programmer”.. Tidakkah ia akan terus menghanyutkan cita-cita kita?? Tidakkah akan membuang masa kita??
Secara jujurnya, saya berpendapat kita patut mempunyai matlamat tersendiri.. Setiap orang pasti mempunyai matlamatnya yang sendiri.. Untuk merealisasikan sesuatu matlamat kadangkala memerlukan pengorbanan dan sukar digapai tetapi tidak mustahil untuk mengapainya.. Jika kita bersama ingin kan sesuatu, langkahan pertama adalah penting..
Secara peribadinya saya sendiri pun kadangkala sukar untuk memulakan sesuatu.. Kerana sikap “malas” masih ada.. Hehehe.. Bersama kita memperbaiki diri kita.. Ini cuma pendapat saya sahaja.. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan lain gaya penulisannya.. Oklah.. Salam..
“BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER”
Hai semua! Nama saya Safuan. Di internet saya lebih dikenali sebagai Safuan Sipenglipurlara. Kenapa Sipenglipurlara? Sebab idea nie datang tetiba jer sebab masa tue saya sengaja buat ayat luahan dan ianya mendapat perhatian luar biasa! Lalu tercetusnya idea nama Sipenglipurlara digabungkan dengan nama saya. Terus terang saya katakan saya tidak sesempurna seperti insan lain kerana mempunyai kecacatan pada kaki tetapi alhamdulillah saya boleh jalan dan saya telah buktikan saya mampu memandu kereta secara manual atau automatik. (
dan pelbagai Tips Perniagaan Internet




