Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,
Teringat saya ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang blog sekitar tahun 2000(Wah lama rupanya), ramai yang memandang rendah akan kuasa blog. Ketika itu blog hanya digunakan sebagai sebuah diari maya untuk kisah kehidupan seorang penulis sahaja. Semasa saya mula menceburkan diri (blog ini bukan blog pertama yer), ada yang menganggap ia sebagai satu sikap membuang masa. Tetapi sebenarnya kadangkala ia bagus untuk kesihatan kita.
Kesihatan?? Bagaimana yer??
Ya, kesihatan. Kadangkala sebagai manusia, kita pasti mempunyai masalah yang tidak mampu untuk kita luahkan kepada sesiapa. Oleh itu blog merupakan satu medium terbaik untuk kita berinteraksi bersama pembaca disamping mampu untuk kita meluahkannya. Tetapi blog juga sudah dititik beratkan tentang gaya penulisan yang tidak terlalu menyentuh hal-hal sensitiviti.
Kini, blog sudah mempunyai pelbagai genre yang boleh dipelbagaikan. Malahan blog juga mampu memberikan kita salah satu sumber pendapatan. Blog tidak lagi menjadi satu genre yang hanya perihal rentetan kehidupan.
Blog juga boleh diwarnai dengan pelbagai video dan gambar-gambar menarik yang mampu menarik para pengunjung. Dunia blogger kini lebih meriah lagi apabila pelbagai golongan pun turut serta. Antaranya Kementerian Belia dan Sukan turut sama membina satu blog.
Kementerian Belia dan Sukan bercadang mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini. Langkah ini diambil berikutan, pihak kerajaan persekutuan melihat blog mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Ini adalah trend remaja dan belia hari ini mendapat dan berkongsi maklumat.
Malahan berita Minggu hari ini turut tersiar Bekas Menteri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo turut sama memeriahkan dunia blogger dengan kemunculan blog beliau.
Blog menjadikan mereka lebih mesra bersama rakyat agar dapat mengetahui pelbagai masalah. Kita lihat saja keberkesanan pihak pembangkang seperti Dr Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah dalam menggunakan dunia internet dan blog didalam pilihanraya pada tempoh hari.
Semoga blog dapat mendekatkan para pepimpin dengan rakyat sepertimana penulis dengan pembaca. Apa pun ini hanya sekadar pendapat saja..
Oklah.. Salam..
- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER –
Hai semua! Nama saya Safuan. Di internet saya lebih dikenali sebagai Safuan Sipenglipurlara. Kenapa Sipenglipurlara? Sebab idea nie datang tetiba jer sebab masa tue saya sengaja buat ayat luahan dan ianya mendapat perhatian luar biasa! Lalu tercetusnya idea nama Sipenglipurlara digabungkan dengan nama saya. Terus terang saya katakan saya tidak sesempurna seperti insan lain kerana mempunyai kecacatan pada kaki tetapi alhamdulillah saya boleh jalan dan saya telah buktikan saya mampu memandu kereta secara manual atau automatik. (
dan pelbagai Tips Perniagaan Internet




