Wah ramai blogger dari golongan atasan!!!
Written by admin on March 30, 2008 – 6:52 am -Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,
Teringat saya ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang blog sekitar tahun 2000(Wah lama rupanya), ramai yang memandang rendah akan kuasa blog. Ketika itu blog hanya digunakan sebagai sebuah diari maya untuk kisah kehidupan seorang penulis sahaja. Semasa saya mula menceburkan diri (blog ini bukan blog pertama yer), ada yang menganggap ia sebagai satu sikap membuang masa. Tetapi sebenarnya kadangkala ia bagus untuk kesihatan kita.
Kesihatan?? Bagaimana yer??
Ya, kesihatan. Kadangkala sebagai manusia, kita pasti mempunyai masalah yang tidak mampu untuk kita luahkan kepada sesiapa. Oleh itu blog merupakan satu medium terbaik untuk kita berinteraksi bersama pembaca disamping mampu untuk kita meluahkannya. Tetapi blog juga sudah dititik beratkan tentang gaya penulisan yang tidak terlalu menyentuh hal-hal sensitiviti.
Kini, blog sudah mempunyai pelbagai genre yang boleh dipelbagaikan. Malahan blog juga mampu memberikan kita salah satu sumber pendapatan. Blog tidak lagi menjadi satu genre yang hanya perihal rentetan kehidupan.
Blog juga boleh diwarnai dengan pelbagai video dan gambar-gambar menarik yang mampu menarik para pengunjung. Dunia blogger kini lebih meriah lagi apabila pelbagai golongan pun turut serta. Antaranya Kementerian Belia dan Sukan turut sama membina satu blog.
Kementerian Belia dan Sukan bercadang mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini. Langkah ini diambil berikutan, pihak kerajaan persekutuan melihat blog mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Ini adalah trend remaja dan belia hari ini mendapat dan berkongsi maklumat.
Malahan berita Minggu hari ini turut tersiar Bekas Menteri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo turut sama memeriahkan dunia blogger dengan kemunculan blog beliau.
Blog menjadikan mereka lebih mesra bersama rakyat agar dapat mengetahui pelbagai masalah. Kita lihat saja keberkesanan pihak pembangkang seperti Dr Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah dalam menggunakan dunia internet dan blog didalam pilihanraya pada tempoh hari.
Semoga blog dapat mendekatkan para pepimpin dengan rakyat sepertimana penulis dengan pembaca. Apa pun ini hanya sekadar pendapat saja..
Oklah.. Salam..
- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -
Posted in
Tips Perniagaan Internet
|

































March 30th, 2008 at 12:38 pm
betul tu.Dengan blog kita boleh tulis apa kita minat dan jadikan diari kehidupan dan pengalaman kita.
March 30th, 2008 at 1:25 pm
dalam friendster pun ada blog anwar Ibrahim. cube try search.
March 31st, 2008 at 12:33 pm
ehm..susah nak cakap. aku nak tengok diorang update ke tak menteri2 yang baru ada blog ni.
March 31st, 2008 at 8:32 pm
Mereka dah sedar akan kepentingan blog.Mungkin sebab PilihanRaya yang tak memihak kepada pihak tertentu.Dengar cerita blog dan internet penyumbang besar kemenangan pihak tertentu
April 2nd, 2008 at 9:24 am
kena tgk jugak niat mereka buat blog ni.(^_^).kalau semata2 krn pilihan raya mungkin hanya aktif menjelang pilihanraya jer.
p/s: safuan, sy da add link blog ni di creamstudents.com . boleh back link ye nanti. Syukran.
April 3rd, 2008 at 1:56 am
starline - Yang penting sikap kesedaran dan tindakan yang diambil
Anwar a.k.a Saladin - A’ahlah aku dah try search tadi.. Tq
titan - Kita tunggu dan layan jer dulu
April 26th, 2008 at 5:46 am
biase ar tue..
luahan pendapat melalui penulisan..
May 22nd, 2008 at 6:16 pm
Blogging is universal..so sapepun boleh blogging..aku nak ajar kucing aku berblog lah..kakakak
October 17th, 2008 at 8:30 am
Hebat..lebih ramai lebih meriah. Semuga pak-pak menteri tu sibuk sikit di depan PC….kalau tak mereka dok buat lain tak berfaedah pulak. Anyway it is a good exercise for your health when one do blogging and search the internet.