Archive for January, 2010

Tahun 2010, Perancangan dan Azam

January 25th, 2010

tahun 2010 perancangan dan azamAssaalamuaalaikum dan Saalam Sejahtera,

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana kini blog Sipenglipurlara melangkah pada tahun 2010. Blog ini telah banyak dikongsi kisah suka dan duka sebuah perjalanan. Pelbagai review produk serta ilmu-ilmu tentang perniagaan internet pernah dikongsikan bersama. Namun blog ini telah terabai sejak tahun lepas kerana ingin fokus kepada beberapa aspek. Kini blog ini telah berubah dan telah diupgrade ke versi wordpress yang terbaru.

Insyaallah mengikut perancangan dan azam tahun 2010, blog ini akan sentiasa diupdate sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dengan pelbagai info terkini tentang industri perniagaan internet. Diharap anda semua sudi sentiasa melayari blog ini ya ;-)

Ikhlas,

Safuan Sipenglipurlara

Related Posts with Thumbnails