Archive for March, 2010

NiagaKit Bukan KaptenKit

March 24th, 2010

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Pernahkah anda menonton rancangan KaptenKit setiap hari hari Isnin pukul 9 malam di TV3?

Pelakon Kapten Kit

Pelakon Kapten Kit

Ia dibintangi oleh Asry Azizan (Kassim Selamat atau Kapten Kit), Puteri Fateen Nasuha (Sofea), Munir (Yahaya) dan Kish (Naidu). Kapten Kit mengambil kisah seorang pemuda bernama Kassim Selamat yang begitu meminati pakar dunia penciptaan, Thomas Edison yang cukup dikenali pada kurun ke-18.

“Thomas Edison seorang yang cukup pakar dalam mereka pelbagai barangan yang di luar kotak pemikiran ketika zamannya.

Dari sumber inspirasi itulah Kapten Kit menggunakan barangan terbuang mencipta pelbagai gajet yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat di hari mendatang.

Didalam siri ini ia mengajar kita sebagai penonton bahawa apa yang dibuang tidak semestinya tidak boleh digunakan semula.

Baiklah itu kisah Kapten Kit.. Kini kita beralih pula kepada NiagaKit

Apa itu NiagaKit?

NiagaKit

NiagaKit

Secara ringkas NiagaKit merupakan salah satu sistem Kedai Online yang terawal di Malaysia. Sistem NiagaKit telah dibangunkan oleh Usahawan Internet Malaysia iaitu Team Flarebiz. Ya! Sistem ini telah dibangunkan oleh anak tempatan sendiri. Mereka berjaya menyahut seruan ”Malaysia Boleh”.

Secara ironinya, Kedai Online merupakan sebuah web sistem yang dibangunkan untuk kita menjual pelbagai jenis barangan didalam satu web. Untuk pengetahuan pembaca, sejak lahirnya Jutawan Internet seperti Dr. Irfan Khairi maka terlahirnya satu evolusi paradigma masyarakat bahawa internet juga boleh dijadikan salah satu platform untuk perniagaan.

NiagaKit dicipta berdasarkan permintaan yang semakin hari semakin ramai yang ingin menceburi bidang Perniagaan Internet. Kedai Online seperti NiagaKit juga dikenali sebagai Ecommerce.

Tidak dinafikan terdapat banyak aplikasi percuma dan berbayar untuk membina sebuah laman Kedai Online. Namun setelah dikaji ianya masih tidak relevan terhadap penggunaan untuk pembeli tempatan.

Kini NiagaKit telah dibangunkan setelah setahun mengalami proses RnD (Research and Development). Ianya bukan hanya sesuai kepada masyarakat tempatan tetapi ia juga sesuai untuk pasaran antarabangsa. Oleh itu tiada sebab mengapa NiagaKit semakin mendapat perhatian para pemilik perniagaan atau mereka yang baru nak menceburi bidang Perniagaan.

Disebalik keindahan dan kejayaan penghasilan NiagaKit, tidak dinafikan NiagaKit juga mempunyai beberapa kelemahan seperti tiadanya button ”Buy Now” atau ”Beli Sekarang” dan beberapa elemen lagi. Namun difahamkan kini Team Flarebiz masih lagi mempertingkatkan NiagaKit agar dapat memberi para pelanggan yang menggunakannya mencapai tahap yang optimum.

Namun anda usah khuatir dan berasa bimbang kerana ianya adalah lumrah bagi setiap penciptaan baru sesuatu penghasilan. Yang pasti sehingga kini, support dari NiagaKit amat baik!

Dengan NiagaKit semuanya menjadi mudah dan ringkas. Pengguna boleh melakukannya sendiri bermula dari menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan. Para pengguna juga tidak perlu lagi membazir masa dan wang ringgit untuk memilih Kedai Online yang selaras dengan kehendak tempatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang NiagaKit, anda boleh merujuk:

  1. NiagaKit (http://www.NiagaKit.com)
  2. Ciri-ciri NiagaKit (http://www.NiagaKit.com/ciri-ciri)
  3. Soalan Lazim (http://www.NiagaKit.com/soalan-lazim)

Bagaimana NiagaKit berfungsi?

Secara peribadi, saya merasakan Sistem NiagaKit amat mudah untuk digunakan walaupun anda bukan bidang I.T! Bagi saya adalah lebih baik anda mencuba sendiri sistem demonya:

HomePage/Ruang Paparan Utama: http://www.DemoNiagaKit.com

Ruangan Admin: http://www.DemoNiagaKit.com/admin

  1. Username: admin
  2. Password: demoniagakit

Setelah merasainya dan menikmati keghairahannya, anda pasti akan rasa teruja untuk memilikinya! Hohoho..

Ramai tak yang sudah menggunakan NiagaKit?

Untuk mengetahui jumlah atau portfolio terkini pengguna NiagaKit, anda boleh rujuk

http://NiagaKit.com/pengguna-niagakit

Safuan, apa kaitan NiagaKit dan Kapten Kit?

Hohoho, jika ini yang menjadi persoalan anda ianya agak cepu emas. Terfikirkah anda bahawa jika Kapten Kit mengetahui bahawa terciptanya NiagaKit, maka mungkin banyak produk-produk yang dihasilkan dengan menggunakan barangan terbuang boleh dijual di internet! Oleh itu fikir secara kreatif bagaimana untuk memanfaatkan sesuatu produk itu untuk dipasarkan kepada umum.

Kini satu ecommerce yang terbaik telah dibangunkan untuk anda namun ianya bergantung kepada anda untuk melakukan tindakan. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat murah dan berpatutan. Hanya perlu laburkan RM999 sahaja di http://www.NiagaKit.com!

Saya berminat untuk mendapatkan NiagaKit!

1. Jika anda berminat, anda boleh klik sini: http://www.NiagaKit.com,

2. Buat pembelian, dan maklumkan pada support bahawa anda beli dengan ”Safuan Sipenglipurlara

3. Emailkan kepada saya di eksklusif[at]sipenglipurlara.com. Hadiah hebat produk digital menanti anda. Antaranya berkaitan dengan trafik. Sudah semestinya trafik amat penting untuk menghasilkan jualan yang memberangsangkan

Sudah ada yang mendapatkannya dari saya ;-)

Sistem Kedai Online Niagakit

Sekian,

Safuan Sipenglipurlara

Related Posts with Thumbnails