Archive for May, 2010

Pemasaran Emel Pukal – Apakah Kesannya Terhadap Bisnes Anda?

May 25th, 2010

Hari ini, terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran dalam dunia perniagaan. Pemilik bisnes pula semakin kreatif

Teknik Pemasaran EmailTeknik Pemasaran Email

Teknik Pemasaran Email

dalam mempromosikan perniagaan mereka ditambah lagi dengan kemajuan teknologi terkini. Menyebarkan maklumat tentang kewujudan produk dan servis anda kepada orang ramai sekarang ini adalah jauh lebih mudah disebabkan oleh Internet.

Kelahiran Internet atau WWW (World Wide Web) telah mewujudkan satu alat yang paling berguna dan inovatif untuk mana-mana jenis perniagaan. Ianya menyediakan jalan komunikasi yang lebih mudah di antara para pengguna Internet dari seluruh dunia. Selain itu, Internet juga membuka jalan untuk perkongsian maklumat, idea, konsep dan apa-apa sahaja di antara para pengguna Internet, tidak kira dari mana asal mereka atau di mana mereka berada.

Salah satu cara untuk berkomunikasi di Internet adalah melalui emel. Anda boleh menghantar apa-apa sahaja kepada sesiapa pun melalui emel. Syarikat atau pemilik perniagaan menggunakan alat pemasaran ini untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada seberapa ramai pengguna Internet yang termampu.

Dari situlah munculnya pemasaran emel secara pukal. Pemasaran emel pukal boleh mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ada orang yang merujuknya sebagai satu cabang pemasaran – mass marketing, direct marketing atau opt-in list untuk sesebuah produk atau sesuatu servis kepada lebih dari seorang prospek melalui emel. Ini adalah dari perspektif pemilik bisnes merangkap penghantar emel promosi.

Bagaimanapun, kebanyakan orang (yang menerima emel promosi) merujuk pemasaran emel itu sebagai SPAM. Perkataan SPAM telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada emel-emel yang tidak dijemput atau dikehendaki oleh si penerima. Untuk pemasaran emel pukal, SPAM merujuk kepada emel sampah.

Emel-emel komersial mempunyai manfaat tertentu kepada penghantar dan penerimanya. Bagaimanapun, banyak syarikat atau penghantar emel yang menyalahgunakannya. Boleh dikatakan semua emel komersial sekarang ini dilabelkan sebagai spam walaupun ianya mengandungi maklumat yang sah dan berguna.

Inilah sebabnya kenapa pemasaran emel pukal boleh membahayakan bisnes anda. Satu sahaja emel dari anda dianggap spam maka semua alamat emel perniagaan anda akan disekat oleh penyedia perkhidmatan emel seperti Yahoo!, AOL dan MSN. Lebih teruk lagi, laman web anda ada kemungkinan akan disekat oleh enjin carian atau dibuang terus oleh penyedia web hosting anda.

Majoriti ISP, host-host dan enjin carian begitu memusuhi emel-emel spam. Para penyepam yang dianggap penyepam telah menyebabkan para pengguna mereka berada dalam kesusahan dan merugikan bandwidth mereka. Itulah sebabnya kenapa mereka begitu tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki penyepam.

Berdasarkan maklumat ini, maka ada baiknya anda berfikir dua kali sebelum menghantar emel secara pukal kepada orang ramai. Mungkin anda boleh membeli senarai emel dari pihak-pihak tertentu yang menjanjikan kepada anda pulangan yang lumayan hasil dari menghantar emel promosi kepada list tersebut. Tetapi fikirkannya sekali lagi. Mungkin pihak-pihak tertentu ini mempunyai niat untuk mengebas wang anda? Siapa tahu.

Lebih baik anda cari jalan lain untuk mempromosikan produk atau servis anda. Anda boleh melakukannya berdasarkan konsep pemasaran emel pukal tetapi ada perbezaannya. Anda hanya menghantar emel-emel komersial anda kepada mereka yang sudah bergelar pelanggan anda.

Anda boleh hasilkan emel follow-up, kemudian masukkan maklumat atau promosi tentang produk anda yang lain yang mana mereka mungkin mempunyai minat terhadapnya. Setelah itu anda boleh meminta mereka mendapatkan referral yang juga berminat terhadap produk anda tersebut. Dengan ini promosi anda akan lebih selamat dan sah. Jika ada di antara mereka yang menuduh anda melakukan spam, anda boleh membuktikan mereka salah dengan menunjukkan bukti-bukti yang anda dan mereka mempunyai hubungan sebagai peniaga dan pelanggan. Bukti-bukti tersebut boleh jadi dalam bentuk resit pembelian atau emel dari mereka.

Jika anda baru memulakan bisnes dan belum mempunyai database pelanggan, anda boleh gunakan cara selain dari menghantar emel pukal untuk mengiklankan bisnes anda itu. Jika tidak anda ada kemungkinan kehilangan bisnes yang baru sahaja ingin dijalankan.

Terdapat banyak cara untuk mempromosikan produk atau servis anda di Internet. Anda perlu kretif dan imaginatif. Pemasaran dan pengiklanan adalah antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan. Pastikan anda menonjolkan bisnes anda dengan profesional, sekali sahaja anda dianggap melakukan spam, maka masa depan bisnes anda akan gelap selamanya.

Anda boleh dapatkan sumber rujukan terbaik disini juga:

Teknik Pemasaran Internet Oleh Razif Yusof

Apakah Peluang-Peluang Yang Boleh Anda Perolehi Dalam Perniagaan Pemasaran Informasi

May 17th, 2010

Apakah Peluang-Peluang Yang Boleh Anda Perolehi Dalam Perniagaan Pemasaran Informasi ?

Pemasaran Informasi

Pemasaran Informasi

Industri perniagaan pemasaran informasi merupakan satu industri yang mula meningkat kembang di pasaran tempatan. Kini tumbuh bagai cendawan pemain-pemain baru dalam industri pemasaran informasi.

Di internet boleh dikatakan secara majoritinya pemasar informasi menjual pelbagai genre ebook. Namun pemasaran informasi ini bukan setakat hanya memasar dan menjual ebook semata-mata.

Baik pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit informasi atas apa yang telah saya lihat dalam industri pemasaran ini dan diharap ianya mampu memberi anda idea bagaimana anda boleh mengambil peluang menjana wang mahupun menambah modal anda dalam industri perniagaan informasi.


1) Menjual dan memasar produk informasi

? Dengan menghasilkan produk informasi sendiri dalam pelbagai bentuk tidak kira ebook, buku, audio atau video dan pasarkan.
? Memasar produk orang lain melalui program affiliate
? Memiliki produk MRR, PLR, RR dan pasarkannya.


2) Penulisan

Bidang penulisan merupakan bidang yang sangat besar digunakan dan memainkan peranan penting dalam perniagaan informasi. Sekurang-kurangnya anda boleh mengambil upah untuk :

? Menulis dan melakukan ‘review’ serta suntingan bagi surat jualan laman web jualan, email ‘follow up serta iklan-iklan pendek.
? Menulis dan melakukan ‘review’ serta suntingan bagi ebook, artikel serta blog orang lain.

3) Grafik

Grafik juga tidak ketinggalan memainkan peranan penting dalam industri perniagaan informasi. Ada diantara dari pereka-pereka grafik menjana ribuan grafik dengan mengambil upah untuk menghasilkan grafik bagi :

Laman web jualan, banner, button serta e-cover


4) Penerbitan

Menjana wang dengan menerbit produk-produk informasi orang lain. Ini mungkin memerlukan modal namun menjadi penerbit mampu menjana wang lumayan buat anda. Satu perbincangan serta perjanjian harus ada antara anda dan pelanggan bagi menentukan pembahagian keuntungan kelak.

5) Juruperunding

Bagi penulis-penulis berpotensi namun tidak tahu bagaimana proses atau perjalanan perniagaan informasi ini boleh berjumpa dengan mereka-mereka yang mahir bagi mendapatkan nasihat dan panduan. Bagi anda yang mahir boleh menjadikan diri anda sebagai seorang juruperunding dan berbincang dengan pelanggan anda bahagian yang perlu anda terima atas setiap panduan serta nasihat yang anda berikan kepadanya.

6) Kejurulatihan

Kini bidang kejurulatihan merupakan bidang yang sangat lumayan untuk menjana wang. Bagi mereka yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan namun tidak tahu caranya mampu mengambil jalan pintas dengan mengupah seorang jurulatih untuk mengajar, memandu dan memastikan ia berjaya melakukan perniagaan informasi ini.

Namun untuk menjadi seorang jurulatih anda terpaksa menjadi seorang yang berjaya dahulu jika tidak masakan orang pain kan mengambil anda untuk menjadi jurulatihnya.


7) Penceramah

Kini bengkel dan seminar mula mendapat tempat bagi bakal-bakal usahawan mendapatkan ilmu untuk menjalankan perniagaan informasi mereka. Inilah caranya bagaimana peserta bengkel atau seminar mendapat terus ilmu dari mereka yang pakar.

Sebagai penceramah anda bukan sahaja boleh menjalankan seminar atau bengkel anda sendiri malah anda boleh juga menjadi penceramah jemputan bagi ‘event’ yang dijalankan oleh pihak lain. Adakalanya seorang penceramah mampu memperolehi ribuan ringgit bagi satu ceramah yang dilakukan.


8) Penganjur ‘Event’

Anda mungkin bukan seorang yang pakar dalam perniagaan informasi bagi menjadi seorang juruperunding, jurulatih mahupun penceramah namun anda mampu menganjurkan bengkel atau seminar anda sendiri dengan menjemput penceramah-pemceramah yang berkredibiliti bagi memberikan ceramah.

Mungkin keuntungannya tidaklah sebanyak jika anda sendiri melakukan ceramah atau tunjuk ajar dalam ‘event’ anda sendiri namun jika anda bijak dan pandai berunding dengan penceramah-pemceramah jemputan terebut anda mungkin mampu memperolehi keuntungan yang tinggi. Apa yang perlu anda tahu dan lakukan adalah pemasaran dan pengurusan bagi ‘event’.


9) Menyediakan pusat latihan

Ini juga merupakan antara satu perkhidmatan yang mampu mengaut keuntungan. Ya tidak dinafikan untuk menyediakan tempat latihan memerlukan modal besar puluhan ribu ringgit namun bagi pemilik-pemilik pusat latihan jika pandai melakukan usaha pemasaran mampu memperolehi tempahan yang tinggi.

Saudara Jamal dari ‘Rahsia Lulus Kerja Kerajaan’ juga telah membuka langkah dengan membuka sebuah pusat latihan beliau.

10) Pembekal ‘Merchandise’

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan dimana membekalkan barangan-barangan cenderahati seperti pakaian, sticker, alat tulis payung dan sebagainya boleh juga mengambil peluang. Jika pada anda yang pernah menghadiri perjumpaan Wangcyber tentu memiliki T-Shirt Wangcyber secara percuma. Dengan cara ini pemilik ‘Event’ mampu memberikan sesuatu yang istimewa buat pelanggannya serta melakukan promisi iklan secara bergerak melalui T-shirt yang dipakai oleh para peserta.

Jika anda boleh menawarkan harga yang menarik sudah tentu pemilik sesuatu kumpulan mahupun ‘event’ menggunakan perkhidmatan anda.

Baiklah ini hanyalah 10 contoh yang boleh saya fikirkan dan mungkin terdapat peluang-peluang lain yang boleh anda fikirkan.

Anda boleh pilih yang mana sesuai dengan diri, kepandaian serta kemampuan anda dan seperti Zahrul Azua sendiri, bermula dengan penulisan surat jualan sebelum menjadi seorang penulis dan pemasar informasi.

Manakala Safuan Sipenglipurlara bermula sebagai pereka web dan programmer

Anda boleh dapatkan berita-berita terkini daripada kami di http://www.pemikatjualan.com/downloadfree

Related Posts with Thumbnails