About Me

Hai semua! Nama saya Safuan. Di internet saya lebih dikenali sebagai Safuan Sipenglipurlara. Kenapa Sipenglipurlara? Sebab idea nie datang tetiba jer sebab masa tue saya sengaja buat ayat luahan dan ianya mendapat perhatian luar biasa! Lalu tercetusnya idea nama Sipenglipurlara digabungkan dengan nama saya. Terus terang saya katakan saya tidak sesempurna seperti insan lain kerana mempunyai kecacatan pada kaki tetapi alhamdulillah saya boleh jalan dan saya telah buktikan saya mampu memandu kereta secara manual atau automatik.

Saya merupakan Usahawan Internet Sepenuh Masa. Telah berkecimpung dalam arena Perniagaan Internet sejak tahun 2006 lagi. Ketika itu saya masih dialam remaja lagi (Maknanya saya masa tue tengah study di sebuah Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur). Didalam jurusan “Computer System: Operation And Management”. Tidak dapat dinafikan bahawa saya menerima kritikan luar biasa kerana ketika itu ramai menganggap Perniagaan Internet adalah Skim Cepat Kaya! Namun saya hanya berdiam diri dan fokus untuk membahagikan masa antara Pelajaran dan Perniagaan. Saya mendapat inspirasi sejak kemunculan Jutawan Internet, “Irfan Khairi”.

Saya akui saya pernah mengalami kegagalan didalam Pelajaran dan Perniagaan ketika masih study. Tetapi saya semarakkan satu  kata-kata iaitu “Kegagalan mengajar erti Kejayaan”. Alhamdulillah saya dapat memberi satu lemparan senyuman dan titisan air mata kegembiraan buat ibu dan bapa saya diatas Kejayaan membawa segulung Ijazah.

Keratan Akhbar Kosmo

Owh lupa nak bagitau pula..

Semasa semester akhir di IPT, saya telah menjalani Latihan Perindustrian Praktikal (Practical Industrial Training) disebuah Syarikat Swasta. Syarikat tersebut fokus kepada “Card Personalization” iaitu boleh dikatakan program didalam Kad Cip ATM dan Kad Kredit anda. Selepas menjalani praktikal selama 6 bulan maka saya diberi tawaran untuk bekerja disitu sebagai Programmer. Lebih menggembirakan saya yang dahulunya hanyalah seorang pelajar Praktikal, kini saya turut diminta menjadi Supervisor atau erti kata lain sebagai penasihat kepada 2 orang pelajar praktikal dari UUM.

Selepas bekerja tidak sampai setahun, saya nekad untuk berhenti dari kerja dan ingin fokus sepenuh masa pada Perniagaan Internet.

Sekali lagi saya menerima kritikan hebat kerana ada yang mengatakan bahawa saya tiada “contact yang kuat” serta pengalaman untuk berniaga. Sebab mereka tidak tahu kuasa Viral internet!

Lebih menyedihkan ada yang mengatakan saya hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja :(

Alhamdulillah kini pada tahun 2010, telah 3 Tahun saya telah menjalankan Perniagaan Internet 100% secara Sepenuh Masa.

Kini saya mempunyai beberapa rangkaian Perniagaan Internet di Malaysia mahupun di International dibawah Syarikat saya ExtremeTech dan saya juga sering dijemput mengadakan Ceramah  dan Seminar tentang Motivasi dan Perniagaan Internet.

Talk in Singapura (Seminar Di Singapura)

Saya bersyukur atas apa yang saya kecapi pada hari ini meskipun pelbagai pancaroba dan onak duri saya lalui. Jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang mengerti pahit getir yang saya lalui. Terima kasih juga pada anda yang sentiasa menyokong saya selama ini. Hanya Allah mampu membalasnya ya.

Doakan yang terbaik buat diri saya dan saya doakan yang terbaik buat anda.

8 comments

  1. MiL says:

    AlhamdulilLah.. cun layout blog nieh..

  2. yusaini says:

    salam perkenalan saudara safuan..

  3. Md Nasri Md Isa says:

    Kagum aku dgn hang la ni.
    Bagus x3..

    x-CSOM
    KYPM KL

  4. Safuan Sipenglipurlara says:

    Nasri – Wah terkejut aku, ko singgah blog aku nie.. Erm mana ko jumpa ya?

  5. fiq says:

    salam..sungguh memberi inpirasi kpd sy.maknanya jgn putus asa bila hadapi kegagalan.Bangun..bangun capailah matlamat diri

Leave a Reply