Beli Branded Perfume 100% Original Secara Online
Powered by MaxBlogPress  

Home

About

Nama Sebenar???

BIARLAH RAHSIA

Nama Samaran???

Saf-One

Mula menuntut ilmu kat maner???

Kat Tadika Manja kat Taman Keramat

Selepas itu???

Selepas itu saya pergi pindah Tadika Sri UK bukan dekat United Kingdom tapi dekat Ulu Kelang jer sebab selalu dibuli ketika itu tapi bukan “MEMBULI”.

Sekolah Rendah pulak kat maner???

Sekolah Rendah kebangsaan Taman Keramat (2) dan cikgu pertama semasa darjah satu ialah Cikgu Hamizah.

Sampai darjah baper kat sekolah tue???

Sampai dajah enam.

Lepas tue sekolah kat ner plak???

Mungkin dah rezeki saya, jadi saya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat sehingga tingkatan lima.

Sambung pengajian lagi ker selepas itu???

Ya, kat Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (Dikenali dahulu Yayasan Pelajaran Mara)
Ambik course aper???

Diploma In Computer System: Operation And Management.

Bagaimana belajar sekarang???

Cuma satu perkataan saja yang dapat saya ungkapkan iaitu “SUSAH” tetapi menarik.

Jika anda berkata begitu mengapa anda masih meneruskan lagi pengajian, sedangkan sekarang ini banyak pusat pengajian “Tumbuh Bagaikan Cendawan”???

Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana saya masih lagi dapat meneruskan perjuangan saya sehingga hari ini. Hidup ini bagaikan “Ombak dilautan kadangkala air nya pasang dan kadangkala surut” begitu juga kehidupan manusia, kadangkala kita hidup senang dan kadangkala kita hidup susah. Saya mempunyai satu prinsip iaitu “Biar gagal dimedan perjuangan jangan gagal menarik diri”. Tidak dapat dinafikan pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya sudah berputus asa tapi berkat dorongan dan sokongan daripada ibubapa dan rakan-rakan, saya meneruskan perjuangan. Terima Kasih buat mereka.

Apa minuman kegemaran???

Jus Mangga, Belimbing dan Vanila Coke tapi Air bikarbonat kurang sikit sebab nanti cepat “Perut Kembung”.

Makanan Kegemaran???

Nasi Berlauk, Mee goreng dan aper2 jer masakan yang ader mee, spagheti berkuah, macaroni goreng dan steak.

Apakah misi anda pada masa akan datang???

Saya ingin membuka sebuah syarikat perniagaan yang berkaitan dengan komputer agar dapat membantu menaikkan ekonomi negara dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. InsyaAllah… Tidak yang mustahil boleh berlaku didunia ini. Sedang kan Bill Gate juga seorang yang gagal ddalam “Programming” tetapi dia berjaya membuktikan dia bukan gagal “Kosong” tetapi gagal mengajar erti kejayaan. Pepatah arab juga ada manyatakan bahawa “Berilah yang terbaik yang kamu ada dan yang terbaik itu akan kembali kepadamu.

Siapa Idola Anda???

Idola saya ialah Dato’ Tun Dr Mahathir Bin Mohammad. Beliau seorang pemimpin yang tidak pernah jemu menuntut ilmu. Beliau juga tidak pernah mengenal erti putus asa didalam menaikkan nama negara di peringkat dunia. Yang kedua ialan Dr Irfan Khairi, beliau merupakan jutawan internet termuda di negara kita. Sikap merendah diri menjadikan saya begitu berbangga dengannya. Ahmad Izham Omar (COO 8TV) juga adalah idola saya. Dia menjawat Jawatan “COO” pada usia yang muda. Beliau yang menaikkan nama NTV7 & 8TV. Idola saya yang keempat adalah Johan Farid Khairuddin (JFK). Beliau adalah pencipta lagu Kaer AF2. Saya bukan menilainya dari segi pencipta lagu tetapi usaha yang beliau telah lakukan. Ramai yang tidak mengenali siapa dirinya. Beliau adalah “Senior Executive” di Xfresh (Teen Community). Misi beliau adalah untuk memperkenalkan dan mengembangkan Xfresh ke peringkat yang lebih tinggi. Xfresh adalah salah satu anak syarikat Astro untuk menarik anak muda dari gejala yang tidak sihat. Yang terakhir adalah Dr Fazley Yaakob. Dia berjaya dalam banyak bidang. Syabas to all my idola!!!

Apakah perkara anda benci???

Saya paling benci orang yang didepan kita dia “MENGHORMATI”. Dibelakang kita dia “TIKAM SAMPAI NAK MATI”. Maksudnya depan kita dia memuji, belakang kita dia mencaci. Saya juga tidak suka orang yang suka menfitnah diri kita.

Perkara yang anda gembira???

Saya tidak dapat lupakan kenangan ketika tingkatan satu. Saya adalah seorang yang benci pelajaran matematik sejak tadika sehingga darjah enam. Tetapi ketika tingkatan satu, Cikgu saya ketika itu, Cikgu Rosmawati telah membuka paradigma saya agar mencintai pelajaran matematik dan mengenali pelajaran ini dengan lebih terperinci lagi. Saya berjaya mendapat A didalam pelajaran tersebut dan markah paling tinggi pada seluruh tingkatan. Dari kegagalan mengajar kejayaan.

Apakah hobi anda pada masa lapang???

Tidur, Keluar dengan rakan-rakan lama untuk menenangkan fikiran dan melihat ragam manusia, Melayari Internet dan mempelajari “coding laman web itu”, Menonton Televisyen, mendengar muzik dan Pergi Plaza Low Yhat bagi mengembangkan ilmu komputer.

Apa muzik dan artis kegemaran anda???

Semua muzik saya layan janji sedap didengar. Artis kegemaran saya ialah Raihan, In-Team, Flop-Poppy, OAG, Exists, The Muffin, Disagree, NRG, Waheeda (Minat giler!!!), Too Phat, Yaasin, Ruffedge, Zahid AF2, Zarina AF2, Hoosbastank, Avril Lavigne, Linkin Park, Limp Bizkit, A.C.A.B (Dulu jer layan, sekarang dah bosan).

Minat giler Waheeda??? Apa keistimewaannya???

Bagi menaikkan industri muzik negara kita, kita perlu mempunyai artis yang mempunyai personaliti dari segi penampilan dan suara yang berbeza. Waheeda mempunyai ciri-ciri itu, dier mempunyai suara yang lunak dan sedap didengar dan penampilan yang berbeza.

Kata-kata akhir???

“BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER”

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb