Ammar Zahar & saya di Berita harian!

June 17th, 2010 by Safuan Sipenglipurlara Leave a reply »

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah pada 2 Jun 2010, akhbar berita harian telah mengeluarkan satu artikel mengenai pemasaran facebook. Oooppsss anda cari surat khabar Berita Harian tiada artikel tersebut?

Owh sebenarnya akhbar Berita Harian tersebut adalah Berita Harian dari Negara Seberang, Singapura. Artikel tersebut bertajuk Rangkaian Facebook Kunci Pemasaran Kos Rendah.

Artikel tersebut sebenarnya adalah sempena Seminar Facebook yang akan dianjurkan oleh Syarikat Latihan dan Pendidikan, 5Q Networks dan NowAsia (Milik Jutawan Singapura yang terkenal – Abang Abu). Setelah dimaklumkan oleh penganjur Tuan Muhammad Shawal, saya dengan segera meminta pertolongan mak saya untuk terus menghubungi saudara yang berada di Singapura untuk scan keratan akhbar. Hehehe

Berikut adalah serba ringkas tentang Seminar Facebook tersebut:

Tarikh : 3 Julai 2010

Tempat : Universiti Kebangsaaan Singapore (NUS)

Speaker Utama : Ammar Zahar

Speaker Jemputan : Safuan Sipenglipurlara (Sayalah tue..)

Insyaallah pada slot saya nanti, saya akan dedahkan beberapa perkara yang eksklusif khas untuk mereka yang hadir nanti. Dengar cerita lebih dari 50 orang juga yang akan hadir nanti. Kami berharap anda semua doakan kejayaan kami disana.

Jika anda berminat untuk menghadiri seminar tersebut, anda boleh layari:

http://seminarfacebook.com/index.php?ref=rsfrs

Harap para pembaca dapat berkongsi berita gembira ini kedalam facebook anda dengan klik button facebook dibelah kanan post. Terima Kasih!


Ikhlas,

Safuan Sipenglipurlara

Keratan artikel penuh disini: http://cyberita.asia1.com.sg/mekoniaga/story/0,6879,165845,00.html

Jangan lepaskan peluang ini… TEMPAT TERHAD!

Bila?

Sabtu, 3 Julai 2010

Waktu?

8.30 pagi – 6 petang
(Pendaftaran bermula jam 8 pagi)

Tempat?

Universiti Kebangsaan Singapura (NUS)

Harga Tiket?

S$247 seorang
S$197 seorang
(jika mendaftar min 2 orang)
S$137 seorang (harga untuk pelajar)

Nota: Minum pagi, makan tengahari, & minum petang disediakan. Ruang solat juga disediakan.

________________________

Related Posts with Thumbnails
Advertisement
Termurah dan International World-class Linux hosting from GoDaddy.com

Panduan Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

Paypal tu apa ya ?

9 comments

  1. Hafiz Nasser says:

    tahniah bro! dah sampai ke seberang dah ni. keep it up

  2. Oh! Duit says:

    Tahniah dapat masuk News :)
    FB memang berkuasa dalam pemasaran..kena betul teknik & cara ..salam biznes :)

  3. Yup FB antara salah satu tools pemasaran terbaru dan terbaik. Tetapi kita kena tahu segala teknik yang betul bagi mengelak melakukan SPAM

  4. Amirol Asraf says:

    Betul tu, Facebook sekarang antara kuasa besar dalam pemasaran internet. Yang penting kena ada teknik yang betul.. :)

  5. Hafiz Lidin says:

    tahniah bro Safuan… dah jadi speaker skrg :)

  6. rizalmiftah says:

    Memang betul… sekarang saya pun tgh buat pemasaran melalui fb…tak salah mencuba!

  7. Amirol Asraf – Betul tue.. Teknik yang betul adalah penting

    Hafiz Lidin – Welcome bro

    Rizalmiftah – Bagus tue

  8. Hadi Rofiee says:

    Salam sejahtera & salam perkenalan.

    Tahniah kerana pencapaian itu. Semoga terus maju & jaya.

    Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. :-)

    Salam maju jaya.

  9. Safuan Sipenglipurlara says:

    Hadi – Salam Perkenalan :-)

Leave a Reply