Archive for the ‘Usahawan Perniagaan Internet’ category

Ada Permintaan Tak Produk Aku Ini ?

December 12th, 2011

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya ada menerima panggilan telefon dari seorang sahabat yang bercadang ingin membuka sebuah perniagaan franchise berasaskan makanan halal. Beliau berkata sanggup memohon pinjaman sehingga RM500k. Fuyoo! Setengah juta tu!

Persoalannya kini adalah beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman perniagaan. Diatas dasar minat, beliau ingin membuka sebuah perniagaan. Oleh itu beliau bertanyakan pendapat saya, adakah perniagaan yang beliau ingin lakukan mendapat permintaan terhadap pasaran?

Oleh kerana saya rasa pertanyaan beliau tersangatlah bermanfaat, mengapa saya tidak kongsikan bersama para pembaca blog inikan.. Betul tak? Pasti anda menjawab Betul(3x).. Hehehe ala-ala Upin dan Ipin..

Apabila kita bercerita tentang keinginan membuka perniagaan, pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Bukan hanya sekadar idea dan terus lakukan sahaja.

1) Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah Kaji Pasaran terlebih dahulu. 

Adakah produk anda mengikut kehendak pasaran?

Antara kajian pasaran paling mudah untuk dilakukan adalah dengan menjalankan survey.  Minta pendapat orang sekeliling dan kenalan anda terhadap perniagaan yang ingin dilakukan. Mengkaji juga pasaran dari skala besar sehingga skala yang lebih terperinci. Misalnya adakah lelaki dan perempuan suka terhadap produk anda? Dari umur berapa minat produk anda?

Setelah anda mendapat hasilnya, baru anda kelangkah seterusnya..

2) Kaji Pesaing Anda dan Cari Keunikkan Produk Anda

Dengan mengkaji pesaing anda, bukan bermaksud kita mahu menindas pesaing kita.. Tetapi kita kaji kekuatan yang boleh kita tambah dari mereka. Selain pada itu, kita juga harus mencari keunikkan tentang produk kita berbanding dengan mereka. Kenapa perlu mencari keunikkan produk? Kerana secara tidak langsung ianya adalah kekuatan produk anda!

3) Buat Plan Perancangan (Business Plan)

Setelah mendapat sedikit maklumat terkumpul. Maka langkah seterusnya adalah membuat “Business Plan”.

Penting sangatkah?

Jika soalan diatas ditanyakan pada saya, saya akan kata TAK PENTING TETAPI SANGAT PENTING!

Kenapa?

Dengan perancangan yang teratur, maka “Efficiency” didalam perniagaan bakal terlaksana.

Didalam “Business Plan”, anda akan merangka berapakah modal yang harus dikeluarkan? Berapakah bajet untuk pemasaran, produk, pekerja, sewa dan sebagainya. Perkara sebegini harus dititik beratkan.. Selain pada itu, plan pelancaran produk juga harus dimasukkan.

Perkara ini saya ada terangkan dengan lebih lanjut didalam produk saya Strategi Launch

Selepas itu barulah anda lebih mudah mengorak langkah didalam perniagaan setelah 3 perkara asas dan penting ini dilaksanakan..

Baiklah, mari kita mengambil satu contoh perniagaan dari salah satu idola saya :-)

Pernah anda dengar Air Asia tak ? Rata-rata dari kita sudah mengetahui bahawa salah seorang Pemilik Air Asia adalah Tan Sri Anthony Francis Fernandes. Secara personal, saya sangat mengagumi idea dan “branding” yang beliau lakukan.

Sebelum melaburkan modal perniagaan didalam Air Asia, adakah beliau melakukan kajian pasaran?

Jawapannya YA!

Beliau melihat bahawa pada masa itu, orang yang dapat menaiki pesawat adalah dari orang golongon elit sahaja. Dengan erti kata lain hanya orang berkemampuan sahaja.

Sebab apa?

Sebab pada masa itu harga untuk satu tiket ke satu destinasi agak mahal. Oleh itu beliau melihat bertapa besarnya permintaan terhadap pasaran. Dengan slogan “Now Everyone Can Fly“, kini Air Asia gah dimata dunia.

Kini beliau adalah pemilik F1 LOTUS dan Pasukan Bola Sepak QPR. Ada juga yang mempersoalkan adakah beliau akan menanggung kerugian yang besar andai pasukan yang beliau beli tidak mampu memenangi liga?

Jawapannya mungkin tidak. Kerana peningkatan penjualan seperti merchandise serta ruang iklan untuk mempromosi Air Asia sebenarnya lebih melonjakkan perniagaan beliau kemata dunia. Syabas buat beliau!

Saya bersama emak saya baru sahaja melancarkan sebuah Produk yang mempunyai Permintaan yang tinggi dipasaran!

Malahan produk ini berunsurkan islamik dan untuk kebaikkan kita bersama..

Alhamdulillah baru 3 hari dilancarkan, produk ini sudah mencapai jualan 7 unit  dan dijangka terus meningkat lagi permintaannya..

Oleh itu kami sepakat beri harga istimewa buat anda :-)

Klik Gambar untuk ke Laman Web Jualan

 

Ikhlas,

Safuan

p/s: Jika anda rasa perkongsian ini begitu bermanfaat, mohon share kepada semua dengan klik share dibawah ini atau klik LIKE :-)

 

Salam Maal Hijrah 1433h dan Motivasi Hijrah

November 28th, 2011

Assalamuaalaikum,

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana diberikan kekuatan serta nikmat kepada kita untuk berkongsi oksigen, permandangan, rezeki dan segala kurniaan..

Apakah intipati Awal Muharram atau Maal Hijrah ini kepada anda?

Alhamdulillah dari bergelar seorang pekerja yang sering bertungkus lumus sebagai programmer dan software engineer, saya telah bergelar seorang usahawan internet sepenuh masa.. Dari bergelar seorang yang dianggap mempunyai batas-batas tertentu untuk berjaya, alhamdulillah saya sudah menerobos beberapa tembok yang dibina..

Tidak mustahil untuk kita sebagai manusia menempuh cabaran. Asalkan niat kita ikhlas dan kerana Allah S.W.T..

Salah satu kisah orang berjaya yang banyak buat penghijrahan didalam kehidupannya dan juga sebagai seorang idola saya adalah pengasas kosmetik terkenal dari Sendayu Tinggi iaitu Puan Rozita Ibrahim..

Seorang ibu tunggal dan seorang penoreh getah telah mengubah kehidupannya kini dengan memiliki empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit..

Bagaimana beliau boleh berubah sebegitu?

Bagi Puan Rozita, bukan mudah untuk mencapai tahap yang dikecapi kini. Pelbagai pancaroba dan liku-liku kehidupaan yang beliau harungi untuk menempa kejayaan bersama Sendayu Tinggi. Pada usia yang masih mentah iaitu 18 tahun, beliau telah menemui jodoh tetapi jodohnya tidak panjang dan terpaksa menempuhi penceraian dan dalam masa yang sana terpaksa membesarkan anak-anaknya. Lebih memilukan apabila salah seorang anaknya jatuh sakit dan meninggal dunia kerana tidak dapat membiayai rawatan yang sewajarnya.

Mungkin jika dilihat kini, Puan Rozita telah memiliki empayar yang besar tetapi siapa sangka sebelum beliau berjaya, pelbagai pekerjaan yang dilakukannya termasuk menjual kuih. Didalam keadaan yang serba daif dan terdesak, beliau membelanjakan beberapa ratus ringgit untuk memulakan formulasi kesihatan berasaskan herba. Untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan, beliau sanggup menjadikan diri sendiri sebagai uji kaji dengan menambahkan berat badan dan mencuba sendiri keberkesanan produk beliau.

Pada satu ketika disebabkan mengalami banyak kegagalan, beliau pernah berniat untuk menjual perniagaannya kepada sebuah syarikat besar yang ingin membeli perniagaannya. Anak sulungnya tidak membenarkan ibunya menjual perniagaan beliau kerana bagi beliau seandainya ada syarikat besar yang berminat terhadap perniagaan yang diusahakannya, ini menunjukkan mereka mempunyai potensi jauh didalam perniagaan.

Alhamdulillah diatas kecekalan mereka sekeluarga, dahulunya sebuah syarikat yang bermodalkan RM400 kini telah mencatat jualan jutaan ringgit pada setiap bulan. Paling mengagumkan saya adalah sifat pemilik Sendayu Tinggi ini yang sentiasa berpijak dibumi yang nyata. Beliau tetap merendah diri dan membina penjenamaan yang kuat kepada pasaran.

Penghijrahan beliau dan pengorbanan beliau didalam kehidupan perlu dijadikan motivasi kepada kita semua.

Walaupun pada mulanya ramai orang sekeliling yang menganggap ianya sesuatu yang mustahil tetapi Puan Rozita telah membuktikannya From Zero To Millionaire :-)

Ikhlas,
Safuan

p/s: Jika anda rasa perkongsian ini begitu bermanfaat, mohon share kepada semua dengan klik share dibawah ini atau klik LIKE :-)

Nantikan Produk Digital saya terbaru nanti, insyaAllah mampu memberi anda pendapatan konsisten RM500-RM2000 sebulan didalam penjualan Produk Digital.

Terima Kasih

Affiliate vs Dropship

August 21st, 2011

Salam Hormat,

Sering kali kita didedahkan menjana pendapatan dengan affiliate. Namun terkini kita sering dilanda menjana pendapatan dengan dropship.

Apakah perbezaan diantara Affiliate dan Dropship?

Secara kasarnya adalah kedua-dua konsep sumber pendapatan ini adalah sama. Ini bermakna “Business Flow” adalah sama iaitu kita menjadi orang tengah terhadap sesuatu produk.

Sebagai contoh: Si A telah menjual produk ebook berharga RM97 dan komisyen akan diberikan sebanyak RM57 jika kita berjaya melakukan “Sales” atau jualan bagi produk tersebut.. Jika kita berjaya menjual sebanyak 10 produk ebook tersebut maka komisyen kita adalah RM57 x 10 = RM570

Ok sekarang saya rasa anda sudah faham :-)

Affiliate biasanya adalah jualan produk berbentuk digital seperti Ebook, Audio, Video, MP3, Webminar dan sebagainya. Manakala dropship pula adalah produk berbentuk fizikal seperti baju, tudung, buku dan sebagainya.

Business Flow Affiliate vs Dropship

Business Flow atau proses bagi sumber pendapatan affiliate adalah:

Pihak penerbit biasanya akan menerbitkan produk berbentuk digital seperti ebook. Kemudian penerbit akan membuka ruang pendaftaran affiliate secara percuma dan bagi setiap jualan terhasil akan diberikan komisyen mengikut terma & syarat.

Bagi sumber pendapatan dari dropship pula adalah:


Pengedar biasanya akan senaraikan jenis produk fizikal yang mereka ada untuk dijual. Biasanya pihak pengedar akan turut memberikan web agar mudah untuk kita menghasilkan jualan. Seandainya jualan terhasil, maka kita akan mendapat jumlah keuntungan. Jika affiliate adalah percuma, dropship biasanya akan mengenakan caj minima pada setiap bulan.

Perbezaan ketara?

Beza paling ketara disini adalah affiliate harga jualan bagi sesuatu produk adalah tetap manakala harga bagi dropship pula kita boleh melakukan “Adjustment”. Ini kerana kita boleh menjualnya mengikut harga pasaran atau permintaan. Asalkan ianya masih lagi mendatangkan keuntungan kepada kita.

Affiliate kita serahkan kepada Tuan punya produk untuk beri sokongan (support) manakala dropship kita adalah Pemilik Perniagaan (Business Owner) dan kita perlu memberikan sokongan (support) penuh terhadap produk diniagakan.

Kedua-dua sumber pendapatan ini mampu memberikan anda peluang untuk memulakan Perniagaan Internet. Terbukti!


Ikhlas,

Safuan

p/s: Jika anda rasa post ini bermanfaat, mohon share dengan klik button Share FB diatas atau mana-mana button share dibawah ini :-)

Niche bukan “Buat Duit” boleh laku ke?

July 31st, 2011

Salam Hormat,

Agak lama juga saya tidak update blog ini. Maklumlah baru sahaja menjalani pembedahan kaki, sukar sikit untuk buat kerja didepan laptop semasa kaki bersimen. Tetapi sekadar taip email follow up tue bolehlah :-) Alhamdulillah kini simen telah dibuka dan sudah mula menjalani fisioterapi. Sakit tue masih terasa tetapi semangat kena kuat juga untuk cuba yang terbaik.. Doakan saya yang terbaik ya dan insyaAllah yang terbaik juga untuk anda.

Produk Digital

Penjualan produk digital adalah antara produk yang boleh menjana pendapatan di internet. Penghasilan produk digital adalah merangkumi penjualan Ebook, Video dan Audio. Penjualan Produk Digital yang paling popular adalah berbentuk Ebook. Ianya ibarat anda membeli sebuah buku di kedai buku tetapi berbentuk digital :-)

Berdasarkan kajian saya di market Malaysia, ramai para IM (Internet Marketer) lebih cenderung didalam penghasilan produk digital niche “Buat Duit”. Dengan erti kata lain adalah menjual produk yang boleh “Buat Duit”. Hakikatnya banyak lagi pasaran yang masih belum diterokai.

Kekuatan dan Kelemahan

Antara kelemahan apabila semua tertumpu pada satu niche market sahaja adalah market akan menjadi padat dan meningkatkan persaingan dikalangan penjual. Berdasarkan kajian pula, biasaanya penjual akan memperolehi keuntungan pada musim tertentu sahaja. Mungkin penjual akan untuk RM100k tetapi hanya pada bulan pertama sahaja.

Kekuatan jika kita terokai niche market lain pula adalah kita boleh jadi pioneer untuk market tersebut. Penjualannya lebih konsisten pada setiap bulan.

Terpulang pada anda

Sejujurnya terpulang pada kita untuk menerokai peluang atau ruang perniagaan produk digital ini kerana pasaran terhadapnya masih luas. Alangkah peliknya andai yang kata kalau penjualan produk digital semakin tepu kerana banyak lagi Market di Malaysia yang masih belu diterokai.

Sempena bulan Ramadhan ini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita.

Oh yer, pihak syarikat saya baru sahaja menerbitkan sebuah Ebook yang terbaru dalam pasaran. Bukan penulisan saya tetapi seorang wanita. Ebook bertajuk “Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung”.

Harga Jualan: RM12 Sahaja

Affiliate: Jika anda berminat untuk sertai affiliates, boleh daftar di http://www.jagarambut.com/affiliates tetapi pembelian dari link sendiri adalah tidak sah :-)

Niche bagi produk ini juga adalah baru dan permintaan didalam Search Engine seperti Google menunjukkan permintaan terhadap produk seperti ini adalah sangat tinggi!

Selamat Membeli dan Selamat Promosi!

Selamat Ramadhan!

 

 

 

P/S: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, mohon klik button share :-)

 

 

 

Rempuh Tembok Penghalang.. Kuatkan Semangat!

June 20th, 2011

Assalamuaalaikum & Salam Hormat,

Akhir-akhir ini begitu hangat tentang kontroversi yang melanda terhadap filem tempatan kita yang berjudul KL Gangster. Filem ini adalah hasil arahan sepenuhnya Sutradara Tempatan iaitu Saudara Syamsul Yusof dan hasil terbitan Skop Productions.

Anda sudah menontonnya?

Kalau masih belum, saya rasa mungkin anda patut menontonnya kerana filem ini penuh dengan aksi dan boleh saya katakan dengan bajet didalam 2.1 Juta tetapi hasilnya sangat memuaskan. Walaupun filem ini berdepan sedikit kontroversi tetapi sehingga hari ini jumlah pungutan filem ini adalah lebih RM10 Juta!

Wow! Bagaimana sebuah filem yang berdepan kontroversi mampu memungut jumlah penonton dan keuntungan yang memberansangkan?

Jawapannya mudah iaitu Pengarah berikan yang terbaik pada setiap hasil filem. Filem-filem beliau sebelum ini pernah dikritik hebat oleh segelintir orang tetapi belum tentu mampu menghasilkan sebuah produk filem sebaik beliau.

Beliau tidak mudah melatah dan mengambil segala kritikan positif. Kritikan negatif pula, hanya perlu mendengar dan tolak ketepi. Kritikan negatif inilah sebenarnya adalah tembok penghalang untuk kita berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.

Pernah satu ketika, saya pernah dikritik kerana mengambil keputusan untuk menjalankan Perniagaan Internet sepenuh masa. Ada diantara mereka yang berkata bahawa saya hanya mampu bertahan 3 bulan dengan alasan saya tidak mempunyai “Contact” atau “Kabel” yang kuat untuk menjalankan perniagaan. Lebih teruk lagi ada yang mengkritik saya tidak mampu menjalankan perniagaan kerana kecacatan kaki yang saya alami akan membuat orang sukar berasa yakin terhadap produk atau servis perniagaan saya.

Rezeki Allah itu luas dan dia Maha adil terhadap hambanya..

Seandainya saya masih lagi mendengar kritikan negatif ini, apa yang anda rasa akan terjadi?

Patutkah kata-kata ini terus berlegar didalam ruang fikiran saya tanpa membuktikan yang terbaik?

Jika saya menyokong kata kritkan ini, sebenarnya saya telah membiarkan mereka membina sebuah kubu tembok penghalang kejayaan matlamat saya. Saya akan masih ditakuk yang sama dan terus tidak dapat membuktikan apa-apa bahawa kata-kata mereka salah.

Tidak perlu mendendam atau berburuk sangka..

Sentiasa positif didalam diri bahawa berusaha, berdoa dan bertawal kepada Allah itu penting.  Allah itu Maha adil dan akan memberikan yang terbaik pada hambanya. Kita sebagai hambanya, hanya perlu berusaha diatas segala nikmat yang diberi.

Kekurangan yang ada pada diri kita bukanlah alasan utama sebagai penghalang untuk kita mencapai matlamat Kejayaan. Cuba kita catatkan kelebihan yang ada pada kita dan rancang kelebihan kita itu untuk menghasilkan matlamat positif pada diri.

Tahniah saya ucapkan pada Syamsul Yusof kerana telah memecahkan rekod hasil kutipan filem tempatan dan antarabangsa di Malaysia. Anda telah buktikan anda mempunyai kreativiti sendiri berbanding bapa anda. Teruskan mengorak dan mencorakkan yang terbaik untuk filem tempatan!

Kepada yang membaca artikel ini, teruskan mengorak langkah..

p/s: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila tekan butang share dibawah ini :-)

Related Posts with Thumbnails