Assalamuaalaikum & Salam Sejahtera,
Industri Perniagaan Internet di Malaysia kini telah berkembang dengan pesat.
Perkembangan industri boleh dikatakan peningkatan yang amat tinggi berbanding pada awal pembabitan saya ketika tahun 2006.
Ketika itu nak cari sumber rujukan dalam Bahasa Melayu pun tiada. Kami yang masih “mentah” ketika itu terpaksa mencari sumber-sumber rujukan dari luar Negara dan cuba mempraktikkannya..
“Kejayaan itu tidak datang bergolek, Andai kita tidak bersedia bangun dan tergolek
”
Untuk mendapatkan sumber-sumber rujukan bukannya murah, kerana terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya beratus US Dollar juga untuk mendapatkannya.
“Zaman dah berubah, Dunia dah maju”
Alhamdulillah, mentaliti tentang perniagaan internet sebenar sudah mula berubah. Dahulunya ramai yang masih ragu-ragu tentang perniagaan internet. Kini mereka sudah nampak bahawa perniagaan internet juga sama seperti perniagaan konvensional cuma ia berlaku secara online.
Tidak dinafikan, kini ramai yang ingin mempelajari tentang perniagaan internet. Ada diantara mereka ingin meningkatkan jualan perniagaan sedia ada, Ada juga yang ingin baru nak membina perniagaan dan ada juga diantara mereka yang nak mengembangkan lagi perniagaan.
Apa pun tujuan positif mereka dalam perniagaan internet, mereka sebenarnya harus bersyukur kerana terdapat pelbagai sumber rujukan yang kita boleh dapat hanya didalam Negara.
1. Pelbagai jenis ilmiah seperti buku-buku tentang perniagaan internet dalam bahasa melayu juga sudah diterbitkan.
2. Boleh merujuk mereka yang dahulunya “mentah”, kini sudah terbukti sumber pendapatannya dan layak bergelar “Sifu”.
3. Mereka yang berpengalaman, kini sanggup turun padang membantu anda secara personal didalam personal coaching mahupun Seminar-seminar.
Pelbagai jenis produk digital, fizikal mahupun perkhidmatan telah mula berkembang dalam industri perniagaan internet.
Mereka mempunyai:-
1. Web yang bagus
2. Produk yang berkualiti
3. Kelengkapan pemasaran yang amat lengkap
Namun kenapa mereka masih gagal dalam perlaksanaan projek perniagaan internet mereka?
Sedangkan mereka sudah mempunyai ilmu yang cukup untuk membina perniagaan internet mereka!
Kalau tak cukup, tak mungkin mereka dapat membina perniagaan internet yang lengkap.
Jawapannya adalah mereka tidak mempunyai perancangan yang teratur dan pelancaran produk mereka tidak mengikut “timing” & “launching” yang betul.
Mungkin ada yang menganggap perkara ini sangat “remeh” & “enteng”.
Tetapi sebenarnya PELANCARAN PRODUK adalah sangat-sangat penting didalam perniagaan kita.
Ya! Perniagaan kita tau.. Bukan hanya PERNIAGAAN INTERNET kita sahaja..
“Bayangkan setiap pagi, mengapa kita perlu memanaskan enjin kereta dahulu sebelum kita menggerakkan kereta tersebut?
Ini kerana supaya kita dapat memanaskan kereta tersebut dan memberikan KELANCARAN arus perjalanan didalam enjin tersebut. Ini salah satu langkah bagi mengelakkan kerosakan pada enjin.
Enjin akan mudah rosak andai ianya tidak dijaga rapi.”
Sama juga andai kita membina sebuah perniagaan. Kita perlu melakukan “Sistem Pelancaran Produk” yang rapi agar perniagaan kita mudah dikenali.
Usah lagi memandang sebelah mata dengan “Sistem Pelancaran Produk” kerana ia sebenarnya adalah “PEMANAS (Warm Up)” terbaik untuk memberikan “KEHANGATAN BERTERUSAN” terhadap jualan produk atau perniagaan anda.
Layari http://www.strategilaunch.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelancaran produk yang sebenar
Jika anda merasakan post ini bermanfaat, mengapa anda tidak sudi sharekan post ini di Facebook anda?
Klik jer share pada sebelah kanan atas post ini jer.. Lagi banyak anda share, lebih bermanfaat.. Terima kasih!



{ 0 comments… add one now }