Assalamuaalaikum & Salam Sejahtera
Ramai orang ingin menceburi bidang Perniagaan Internet. Namun tidak dinafikan masih ramai lagi yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan ”Perniagaan Internet”. Hakikatnya Perniagaan Internet juga adalah sebuah perniagaan yang melibatkan jual beli. Beza antara Perniagaan Konvensional dan Perniagaan Internet adalah ia menggunakan internet sebagai platform untuk memulakan sesuatu perniagaan. Oleh itu jangan anda terpedaya seandainya ada yang mengatakan kita perlu melabur sesuatu program di internet dan hanya menunggu keuntungan sahaja tanpa perlu berusaha.
Kenapa ramai yang ingin menceburi bidang Perniagaan Internet?
Antara faktor utama mengapa Perniagaan Internet menjadi pilihan adalah:
1. Kos permulaan yang rendah. Dengan kos minimum sebanyak RM500 kita sudah boleh memulakan perniagaan
2. Perniagaan anda akan beroperasi selama 24 Jam dan selagi web anda beroperasi, selagi itu perniagaan anda beroperasi
3. Perniagaan Internet boleh dijalankan juga sebagai ”part time”
4. Jualan anda mungkin boleh berlaku pada jam 2.45 pagi ketika anda sedang leka beradu
5. Tidak memerlukan pekerja serta sewa kedai
Namun begitu masih ramai diantara kita yang keliru untuk memilih jenis perniagaan internet yang harus dimulakan langkahannya.. Hohoho!
Perniagaan Internet boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
Perniagaan Produk Digital – Perniagaan ini biasanya adalah perniagaan berasaskan digital sebagai contoh menjual ebook, video dan audio. Antara contoh produk digital yang berasaskan ebook adalah Ebook Rahsia Sistem Pemikat Jualan
Perniagaan Produk Fizikal – Perniagaan ini biasanya produk yang kita boleh pegang dan rasa. Biasanya terdapat pelbagai jenis produk yang diniagakan seperti tudung, perfume, kasut, jersey, topi dan sebagainya. Selalunya mereka yang menjual produk fizikal akan membuat sebuah web .com mereka sendiri berasaskan shooping cart ataupun sekadar menjual dilaman-laman sedia ada seperti lelong.com.my, mudah.my atau ebay.com.
Tips: Jika anda memilih perniagaan internet jenis ini, elakkan menjual barangan yang mudah pecah seperti pasu
Perkhidmatan – Jika anda mempunyai kemahiran, ia merupakan pilihan yang paling ideal. Sebagai contoh jika anda pandai membuat web, maka anda sudah boleh bermula. Pelbagai jenis perkhidmatan yang anda boleh usahakan antara melukis karikatur dan sebagainya. Bukan sahaja perkhidmatan berteraskan I.T tetapi jika anda mempunyai kemahiran lain juga boleh memulakannya. Sebagai contoh membuat sulaman pada topi bayi dan sebagainya.
Kini anda sudah mendapat serba sedikit gambaran untuk memulakan perniagaan internet. Paling penting sebelum anda memilih jenis apa yang ingin anda mulakan, kaji dahulu minat dan kecenderungan anda terhadap jenis perniagaaan itu. Kita semua adalah insan yang pasti ada kelebihan & kekurangan masing-masing



Hai semua! Nama saya Safuan. Di internet saya lebih dikenali sebagai Safuan Sipenglipurlara. Kenapa Sipenglipurlara? Sebab idea nie datang tetiba jer sebab masa tue saya sengaja buat ayat luahan dan ianya mendapat perhatian luar biasa! Lalu tercetusnya idea nama Sipenglipurlara digabungkan dengan nama saya. Terus terang saya katakan saya tidak sesempurna seperti insan lain kerana mempunyai kecacatan pada kaki tetapi alhamdulillah saya boleh jalan dan saya telah buktikan saya mampu memandu kereta secara manual atau automatik. (
dan pelbagai Tips Perniagaan Internet





.: Setuju sekali dengan artikel ini, masa nak bermula ni kena pandai pilih, paling senang kita pilih yang memang diminati, yang memang kita disukai. Jangan tersalah pilih sudah, tapi kalau tersalah pun apa salahnya, kita belajar dari kesalahan kan? hee
Lagi satu, dalam memilih kena ambil tahu juga Halal Haramnya. Dalam kita nak cari rezeki ni, biarlah periuk nasi kita tu menghasilkan yang Halal, bersumberkan yang Halal, menggunakan yang Halal sahaja. Mari kita sama-sama memilih perniagaan internet yang baik lagi menguntungkan~~ 
:.
imaioe – Terima kasih imaioe
TQ,info yang bagus utk para newbie..
anak malaysia – Terima Kasih
Pendapat saya, orang yang baru lebih elok bermula dalam perniagaan internet dengan menjual produk2 digital. Tak kira lah samaada menjual produk sendiri atau produk orang lain (affiliate).
Sebelum itu, perlulah kumpul mailing-list dulu supaya senang nak memasarkan produk itu nanti.
Selain daripada itu, kalau ada kemahiran tertentu spt design minisite, setup affiliate atau apa sahaja, dia juga boleh menyediakan perkhidmatan tersebut…
Hey, guy, your blog is nice. It can bring me many useful information.
Pendapat saya, orang yang baru lebih elok bermula dalam perniagaan internet dengan menjual produk2 digital. Tak kira lah samaada menjual produk sendiri atau produk orang lain (affiliate).
Sebelum itu, perlulah kumpul mailing-list dulu supaya senang nak memasarkan produk itu nanti.
Selain daripada itu, kalau ada kemahiran tertentu spt design minisite, setup affiliate atau apa sahaja, dia juga boleh menyediakan perkhidmatan tersebut…