Agak lama juga saya tidak update blog ini. Maklumlah baru sahaja menjalani pembedahan kaki, sukar sikit untuk buat kerja didepan laptop semasa kaki bersimen. Tetapi sekadar taip email follow up tue bolehlah
Alhamdulillah kini simen telah dibuka dan sudah mula menjalani fisioterapi. Sakit tue masih terasa tetapi semangat kena kuat juga untuk cuba yang terbaik.. Doakan saya yang terbaik ya dan insyaAllah yang terbaik juga untuk anda.
Produk Digital
Penjualan produk digital adalah antara produk yang boleh menjana pendapatan di internet. Penghasilan produk digital adalah merangkumi penjualan Ebook, Video dan Audio. Penjualan Produk Digital yang paling popular adalah berbentuk Ebook. Ianya ibarat anda membeli sebuah buku di kedai buku tetapi berbentuk digital
Berdasarkan kajian saya di market Malaysia, ramai para IM (Internet Marketer) lebih cenderung didalam penghasilan produk digital niche “Buat Duit”. Dengan erti kata lain adalah menjual produk yang boleh “Buat Duit”. Hakikatnya banyak lagi pasaran yang masih belum diterokai.
Kekuatan dan Kelemahan
Antara kelemahan apabila semua tertumpu pada satu niche market sahaja adalah market akan menjadi padat dan meningkatkan persaingan dikalangan penjual. Berdasarkan kajian pula, biasaanya penjual akan memperolehi keuntungan pada musim tertentu sahaja. Mungkin penjual akan untuk RM100k tetapi hanya pada bulan pertama sahaja.
Kekuatan jika kita terokai niche market lain pula adalah kita boleh jadi pioneer untuk market tersebut. Penjualannya lebih konsisten pada setiap bulan.
Terpulang pada anda
Sejujurnya terpulang pada kita untuk menerokai peluang atau ruang perniagaan produk digital ini kerana pasaran terhadapnya masih luas. Alangkah peliknya andai yang kata kalau penjualan produk digital semakin tepu kerana banyak lagi Market di Malaysia yang masih belu diterokai.
Sempena bulan Ramadhan ini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita.
Oh yer, pihak syarikat saya baru sahaja menerbitkan sebuah Ebook yang terbaru dalam pasaran. Bukan penulisan saya tetapi seorang wanita. Ebook bertajuk “Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung”.
Affiliate: Jika anda berminat untuk sertai affiliates, boleh daftar di http://www.jagarambut.com/affiliates tetapi pembelian dari link sendiri adalah tidak sah
Niche bagi produk ini juga adalah baru dan permintaan didalam Search Engine seperti Google menunjukkan permintaan terhadap produk seperti ini adalah sangat tinggi!
Selamat Membeli dan Selamat Promosi!
Selamat Ramadhan!
P/S: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, mohon klik button share




Hai semua! Nama saya Safuan. Di internet saya lebih dikenali sebagai Safuan Sipenglipurlara. Kenapa Sipenglipurlara? Sebab idea nie datang tetiba jer sebab masa tue saya sengaja buat ayat luahan dan ianya mendapat perhatian luar biasa! Lalu tercetusnya idea nama Sipenglipurlara digabungkan dengan nama saya. Terus terang saya katakan saya tidak sesempurna seperti insan lain kerana mempunyai kecacatan pada kaki tetapi alhamdulillah saya boleh jalan dan saya telah buktikan saya mampu memandu kereta secara manual atau automatik. (
dan pelbagai Tips Perniagaan Internet




