Rempuh Tembok Penghalang.. Kuatkan Semangat!

June 20th, 2011 by Safuan Sipenglipurlara Leave a reply »

Assalamuaalaikum & Salam Hormat,

Akhir-akhir ini begitu hangat tentang kontroversi yang melanda terhadap filem tempatan kita yang berjudul KL Gangster. Filem ini adalah hasil arahan sepenuhnya Sutradara Tempatan iaitu Saudara Syamsul Yusof dan hasil terbitan Skop Productions.

Anda sudah menontonnya?

Kalau masih belum, saya rasa mungkin anda patut menontonnya kerana filem ini penuh dengan aksi dan boleh saya katakan dengan bajet didalam 2.1 Juta tetapi hasilnya sangat memuaskan. Walaupun filem ini berdepan sedikit kontroversi tetapi sehingga hari ini jumlah pungutan filem ini adalah lebih RM10 Juta!

Wow! Bagaimana sebuah filem yang berdepan kontroversi mampu memungut jumlah penonton dan keuntungan yang memberansangkan?

Jawapannya mudah iaitu Pengarah berikan yang terbaik pada setiap hasil filem. Filem-filem beliau sebelum ini pernah dikritik hebat oleh segelintir orang tetapi belum tentu mampu menghasilkan sebuah produk filem sebaik beliau.

Beliau tidak mudah melatah dan mengambil segala kritikan positif. Kritikan negatif pula, hanya perlu mendengar dan tolak ketepi. Kritikan negatif inilah sebenarnya adalah tembok penghalang untuk kita berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.

Pernah satu ketika, saya pernah dikritik kerana mengambil keputusan untuk menjalankan Perniagaan Internet sepenuh masa. Ada diantara mereka yang berkata bahawa saya hanya mampu bertahan 3 bulan dengan alasan saya tidak mempunyai “Contact” atau “Kabel” yang kuat untuk menjalankan perniagaan. Lebih teruk lagi ada yang mengkritik saya tidak mampu menjalankan perniagaan kerana kecacatan kaki yang saya alami akan membuat orang sukar berasa yakin terhadap produk atau servis perniagaan saya.

Rezeki Allah itu luas dan dia Maha adil terhadap hambanya..

Seandainya saya masih lagi mendengar kritikan negatif ini, apa yang anda rasa akan terjadi?

Patutkah kata-kata ini terus berlegar didalam ruang fikiran saya tanpa membuktikan yang terbaik?

Jika saya menyokong kata kritkan ini, sebenarnya saya telah membiarkan mereka membina sebuah kubu tembok penghalang kejayaan matlamat saya. Saya akan masih ditakuk yang sama dan terus tidak dapat membuktikan apa-apa bahawa kata-kata mereka salah.

Tidak perlu mendendam atau berburuk sangka..

Sentiasa positif didalam diri bahawa berusaha, berdoa dan bertawal kepada Allah itu penting.  Allah itu Maha adil dan akan memberikan yang terbaik pada hambanya. Kita sebagai hambanya, hanya perlu berusaha diatas segala nikmat yang diberi.

Kekurangan yang ada pada diri kita bukanlah alasan utama sebagai penghalang untuk kita mencapai matlamat Kejayaan. Cuba kita catatkan kelebihan yang ada pada kita dan rancang kelebihan kita itu untuk menghasilkan matlamat positif pada diri.

Tahniah saya ucapkan pada Syamsul Yusof kerana telah memecahkan rekod hasil kutipan filem tempatan dan antarabangsa di Malaysia. Anda telah buktikan anda mempunyai kreativiti sendiri berbanding bapa anda. Teruskan mengorak dan mencorakkan yang terbaik untuk filem tempatan!

Kepada yang membaca artikel ini, teruskan mengorak langkah..

p/s: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila tekan butang share dibawah ini :-)

Related Posts with Thumbnails
Advertisement
Termurah dan International World-class Linux hosting from GoDaddy.com

Panduan Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung

Paypal tu apa ya ?

Leave a Reply