Posts Tagged ‘extremetech’

Populariti vs Kredibiliti

May 27th, 2009

Assalammuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Membina Kredibiliti

Membina Kredibiliti

Apakah itu populariti?? Apakah pula kredibiliti? Yang mana bagi anda begitu penting didalam perniagaan internet?

Ini pendapat saya diantara kredibiliti dan populariti, kredibiliti lebih perlu diutamakan.. Mengapa?

Kredibiliti lebih mencerminkan tentang kualiti serta kewibawaan kita didalam perniagaan.. Setelah kredibiliti dibentuk, maka populariti akan hadir dengan sendirinya..

Sebagai contoh jika kita sudah popular dan menghasilkan sebuah produk yang tidak bermutu.. Berkemungkinan ramai pelanggan akan marah dan “Complaint”..

Disini letaknya kredibiliti seseorang.. Populariti akan hadir dengan sendirinya.. Itu pendapat saya, anda pula bagaimana?

ExtremeTech Dilancarkan!!!

February 12th, 2008

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada 8hb Februari 2008 yang lepas, saya telah melancarkan satu lagi laman web terbaru saya.. Sebenarnya ia adalah laman web rasmi bagi syarikat saya yang saya anggap masih lagi pada tahap muda.. Syarikat saya dikenali sebagai EXTREMETECH..

 ExtremeTech

www.extremetech.com.my

Anda digalakkan untuk menghebahkan tentang wujudnya laman ini kepada kenalan..

ezine-extremetech.JPG

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai info, buletin dan tawaran menarik dengan lebih pantas secara terus ke ruang email anda sekiranya anda daftar disini..

Daftar segera di sekarang !!!

Insyaallah akan datang saya akan melancarkan laman web info+perkhidmatan+aktiviti secara online.. Apa yer?? TUNGGU!!!

Pssssttttt.. Kalo nk tau cpt, daftar sini jer..

“BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER”

Selamat Tinggal 2007, Selamat Datang 2008

December 31st, 2007

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi rezeki untuk membuka kembali blog Sipenglipurlara ini.. Apa khabar semua?? Diharap semua berada dalam keadaan sihat.. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya saya rasa perlu untuk menghasilkan penulisan buat tatapan pembaca di blog ini.. Untuk sekadar bertukar idea dan pendapat bersama.. Kini 2008 telah tiba dan 2007 meninggalkan kita dengan pelbagai suka dan duka kehidupan seharian.. 2007 juga memberi saya begitu banyak makna dalam kehidupan.. Antaranya:-

1. Saya berjaya menamatkan semester akhir iaitu bidang praktikal

2. Saya diterima untuk melakukan praktikal di Card Technology Sdn Bhd di Jalan Gombak pada bulan 12 2006 dan tamat pada bulan 4 2007. Ketika praktikal, saya dikehendaki membina satu sistem baru (Service Tracking System)

3. Setelah tamat praktikal pada bulan 4, saya menerima pelbagai tawaran bekerja dari syarikat swasta dan saya turut menerima tawaran dari syarikat saya menjalani praktikal

4. Saya menerima tawaran tempat saya praktikal dengan hati terbuka

5. Saya menerima segulung diploma di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan dapat berkongsi kegembiraan bersama ibubapa, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan serta setiap orang keliling saya.

6. Saya telah ditemuramah oleh pihak media untuk berkongsi kekuatan serta semangat sebagai antara pelajar kurang upaya. Sebenarnya saya mengalami sedikit kecacatan kaki tetapi saya boleh memandu kereta, berjalan dan melakukan apa yang semua orang boleh lakukan. “Jika kau fikir kau tidak boleh, Kau hampir pasti boleh melakukan”.

7. Pada bulan 9 2007, saya telah membuka syarikat sendiri yang diberi nama EXTREME TECH. Syarikat ini menjalankan perniagaan I.T dalam bidang laman web, diharap dapat membantu ramai usahawan

Antara Harapan Tahun 2008

- Diharap syarikat ini akan terus berkembang dan dapat membantu serta berkongsi idea dalam menjalani perniagaan sesama usahawan dinegara tercinta ini

- Memajukan diri dalam apa jua bidang yang relevan diceburi

- Lebih positif tetapi tidak lebih sangat nanti bahaya. Hahaha

- Lebih matang dan berdaya saing dalam apa jua.

Dan lain-lain lagi. Insyaallah..

Sampai disini dulu coretan pertama 2008, silalah berkongsi suka duka sepanjang 2007 dan harapan 2008 yang boleh kita berkongsi bersama.

“Be Yourself, Respect Each Other”

Related Posts with Thumbnails