Posts Tagged ‘perniagaan internet’

Pelaburan terbaik adalah..

July 13th, 2009

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Ilmu Perniagaan Internet

Ilmu Perniagaan Internet

Maafkan saya sebab hampir 3 minggu saya tak update blog ini.. Kesibukan antara faktor atau punca blog ini jarang dikemaskini. Pelbagai perancangan sedang diatur bagi segalanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah buat masa ini segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. Ini juga kerana sokongan yang anda berikan selama ini. TERIMA KASIH!.

Saban hari Perniagaan Internet di Malaysia kian berkembang. Pelbagai jenis produk dan jualan telah dihasilkan dengan begitu meriah. Industri perniagaan internet kian berkembang di negara kita, Malaysia ini. Namun kadangkala ada juga yang masih memandang serong terhadap signifikasi “Perniagaan Internet”.

Mengapa perkara sebegini masih berlaku?

Tidak dapat dinafikan ada diantara orang sekeliling saya memandang remeh apabila saya melakukan perniagaan internet. Ada yang ingat bahawa perniagaan internet adalah sama seperti “Skim Cepat Kaya”, MLM dan sebagainya. Ingin saya tegaskan disini bahawa perniagaan internet adalah sama juga dengan perniagaan biasa. Yakni melibatkan jual beli. Cuma ianya berlaku secara online.

Pemahaman negatif ini harus ditangani agar mereka yang tidak faham dapat memahami apakah maksud perniagaan internet dan bagaimana ingin melakukannya. Mereka yang tidak faham atau ingin memahami perniagaan internet sebenar seharusnya menuntut ilmu tentang perniagaan internet.

Bagaimana mahu menuntut? dan Apa yang harus saya lakukan?

Kita semua harus menuntut terlebih dahulu ilmu jika ingin mengetahui kesahihannya. Anda digalakkan menyertai seminar tentang perniagaan internet dari mereka yang benar-benar telah menjalankan perniagaan internet seperti Dr. Irfan Khairi. Sebelum itu, anda oleh mendapatkan ebook-ebook yang relevan tentang permulaan perniagaan internet.

Selepas mendapat ilmu dan langkah-langkah yang sepatutnya, maka anda boleh bermulanya mengikut strategi yang betul. Strategi juga adalah salah satu elemen penting didalam sesebuah perniagaan. Jangan berputus asa jika anda menemui kegagalan. Kegagalan adalah satu didikan yang baik buat kita untuk mencapai sebuah kejayaan. Saya yakin ramai mereka yang berjaya pernah menemui kegagalan.

Oleh itu jika anda yakin perniagaan internet mampu menjadi perniagaan anda. Maka anda mulakan! Pelajari ILMU dan terus mengorak langkahan.

Insyaallah kita jumpa didalam industri Perniagaan Internet.. Saya masih dalam proses untuk menyiapkan sebuah ebook terbaru. Ebook ini adalah JV bersama seorang penulis buku.

Dibawah saya kongsi sedikit tentang beberapa peristiwa penting kepada saya sepanjang Jun:

- Pada 2 Jun 2009, saya telah berkongsi sedikit pengalaman saya didalam perniagaan internet didalam sebuah temuramah secara bertulis bersama seorang copywriter iaitu saudara Rahman. Anda boleh baca sesi temuramah disini

- Saya telah diajak oleh Catzer (Seorang Fulltime Blogger), ke Bengkel WordPress kelolaan beliau pada 13 Jun 2009. Bilalah agaknya saya ingin mengadakan seminar atau bengkel sendiri yer? Ermmmm harap-harap tercapai (Tolong doakan yer).. Antara Internet Marketer (IM) yang saya jumpa adalah Catzer dan IjamIdayu. Menariknya bengkel ini, ianya bukan hanya fokus kepada blog. Tetapi ianya juga fokus kepada penggunaan wordpress kepada forum, minisite dan sebagainya. WordPress sememangnya merupakan sebuah sistem yang mesra terhadap “Search Engine”. Saya rekomen anda menyertai Bengkel tersebut. Jika berminat, anda boleh menyertai disini (Pelbagai bonus serta ilmu yang dikongsi untuk dipraktikkan) .. Seandainya, anda menyertai dari link saya, bagitau yer.. Sebab saya akan tambah lagi beberapa hadiah istimewa khas buat anda

- Walaupun sudah bermula Perniagaan Internet dan menjana pendapatan. Pada 26 Jun 2009, saya telah menyertai Workshop Perniagaan Internet Bersama Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia) di Hotel Vistana. Semestinya pelbagai ilmu yang telah dikongsikan serta langkah-langkah yang betul sebelum memulakan perniagaan internet. Anda boleh sertainya disini

Pemasaran Social Network Seperti Facebook Medium Pemasaran Terbaik!

June 9th, 2009

Assalammuaalaikum dan Salam Sejahtera,

social-networking-marketing

social-networking-marketing

Siapa kata social network tiada kebaikkan? Membuang masa? Kini, social network merupakan salah satu medium pemsaran terbaik. Cuba lihat beberapa respon yang saya terima semasa membuat beberapa pemasaran produk dan perkhidmatan tertentu:

Testimonial Facebook

Testimonial Facebook

Testimonial Friendster

Testimonial Friendster

Testimonial Myspace

Testimonial Myspace

Diatas merupakan beberapa testimonial yang saya terima sepanjang saya promosi produk/perkhidmatan saya di laman web sosial.. Baru-baru ini sekali lagi saya telah membuktikan bahawa social network mampu menjadi medium pemasaran terbaik adalah dengan menawarkan pakej hosting dengan harga yang istimewa.. Namun sy hadkan 6 kuota sahaja.. Tidak sampai 24 Jam,  semua pakej telah habis terjual.. Ini membuktikan bahawa social network bukan sekadar memberi keseronokan tetapi terdapat pelbagai perkara-perkara berfaedah..

Pemasaran begitu penting didalam perniagaan.. Social Network merupakan satu platform terbaik untuk pemasaran disamping mampu membina kredibiliti diri anda..

P/S: Add saya di

Sipenglipurlara: @ Friendster | @ Myspace | @ Twitter | @ Facebook | @ Hi-5

Aku keliru menjadi buntu..

June 4th, 2009
confuse2

Keliru

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Sering kali kita berasa ghairah apabila ingin memasuki didalam perniagaan internet. Kita geram dan dengki sebab tengok orang lain mampu menghasilkan pendapatan internet walaupun sedikit. Atas desakan itu kita terus memasuki bidang perniagaan internet tanpa sebarang kajian dan ilmu tentang model-model perniagaan internet.

Sedang kita lihat orang membuat duit di Ebay, kita pun ingin join bisnes ebay. Kemudian orang lain buat ebook, kita pun nak buat ebook. Kemudian kita pun keliru mengapa kita masih tidak dapat menghasilkan sebarang jualan?

Jawapannya FOKUS! Kita hilang fokus kerana terlalu ghairah dan teruja.. Hohoho!

Pelajari dahulu setiap model perniagaan internet yang ingin kita ceburi.. Kemudian kita lihat model perniagaan internet mana yang sesuai dengan kita dan lihat market. Terus buat perancangan dan mulakannya.

Populariti vs Kredibiliti

May 27th, 2009

Assalammuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Membina Kredibiliti

Membina Kredibiliti

Apakah itu populariti?? Apakah pula kredibiliti? Yang mana bagi anda begitu penting didalam perniagaan internet?

Ini pendapat saya diantara kredibiliti dan populariti, kredibiliti lebih perlu diutamakan.. Mengapa?

Kredibiliti lebih mencerminkan tentang kualiti serta kewibawaan kita didalam perniagaan.. Setelah kredibiliti dibentuk, maka populariti akan hadir dengan sendirinya..

Sebagai contoh jika kita sudah popular dan menghasilkan sebuah produk yang tidak bermutu.. Berkemungkinan ramai pelanggan akan marah dan “Complaint”..

Disini letaknya kredibiliti seseorang.. Populariti akan hadir dengan sendirinya.. Itu pendapat saya, anda pula bagaimana?

Upload backup file menjadi blog

April 21st, 2009

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kash kepada mereka yang menempah web dan menyokong sebuah lagi rangkaian perniagaan internet saya iaitu http://www.MercuNiaga.com

Baiklah  kembali pada tujuan post kali ini iaitu “Upload backup file menjadi blog“.

Pada post yang lepas saya telah terangkan bagaimana untuk membuat backup segala file didalam blog wordpress anda.. Kali ini kita sama-sama pelajari bagaimana pula untuk upload backup file menjadi blog..

Apa yang ditunjukkan pada hari ini adalah cara mudah.

Langkah 1: Login ruangan cpanel anda

Langkah 2: Klik Fantastico dan install wordpress

Langkah 3: Kini blog anda telah siap digunakan

Langkah 4: Login ruangan blog wordpress anda

Langkah 5: Klik Tools –> Import

Langkah 6: Klik pada wordpress

Langkah 7:  Browse file yang telah dibackup

Langkah 8: Klik “upload file and import”

Langkah 9: Check segala page seperti posting, comment, page dan yang berkaitan

Langkah 10: Siap, Mudah dan Boleh berblogging semula!

Mudah bukan? Saya yakin dengan langkah yang ringkas ini mampu mempermudah sesiapa pun yang bergelar blogger.. Terutama pengguna wordpress.. Harap dapat memberi manfaat pada anda.

Salam

Related Posts with Thumbnails